awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi

Bernama
Bernama
21/01/2025
08:29 MYT
MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi
Fahmi berkata, antara aduan yang diterima oleh MCMC daripada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah isyarat WiFi rendah walaupun terdapat liputan Internet. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperuntukkan lebih RM600 juta untuk menambah baik akses rangkaian WiFi di semua universiti awam di seluruh negara yang dijangka siap tahun ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hal ini berikutan antara aduan yang diterima oleh MCMC daripada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah isyarat WiFi rendah walaupun terdapat liputan Internet selain liputan mudah alih yang perlu ditambah baik, dan menambah menara perkhidmatan telekomunikasi mudah alih di luar bangunan kampus.
"Kita dah mula fasa yang pertama di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis dan dijangka 5 Feb depan akan siap, malah pihak KPT juga melalui Rolling Plan, Rancangan Malaysia ke-12 akan salurkan peruntukan sama ada untuk ganti atau tambah baik akses Internet di kampus.
"Memandangkan akan melibatkan jumlah kampus yang banyak, jadi kita akan selesaikan fasa pertama dan kita jangka dalam beberapa bulan lagi fasa kedua bermula dengan proses tender, selepas itu pelaksanaan ... jadi, kita jangka sebelum hujung tahun semua yang dihasratkan ini dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Sebelum ini, MCMC dilaporkan akan memperuntukkan RM13.7 juta bagi perolehan lebih 2,000 titik akses rangkaian WiFi di tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA), iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Pada 25 September tahun lepas, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan MCMC dan KPT agar segera menyelesaikan isu capaian Internet di IPTA kerana kebanyakan kampus akan menerima kemasukan pelajar dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian komunikasi mcmc
#Wifi
#universiti awam
#tambak baik akses wifi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan