MALAYSIA
MCMC rakam keterangan tiga individu berhubung hantaran palsu terkait 3R

Rakaman keterangan ketiga-tiga individu terbabit dilakukan pada Rabu di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan telah merakam keterangan tiga individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di laman Facebook dan TikTok berkaitan insiden seorang wanita menaiki pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.
Menurut MCMC, hantaran yang mendakwa kononnya wanita berkenaan berbangsa Cina adalah tidak benar dan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
"Rakaman keterangan ketiga-tiga individu terbabit dilakukan pada Rabu di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan; serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang.
“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori telah disita untuk analisis forensik digital,” kata kenyataan itu, pada Khamis.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
MCMC dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami