KUALA LUMPUR: Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merekodkan peningkatan sebanyak 24 kali ganda kandungan memudaratkan di platform media sosial serta Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok iaitu daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 tahun ini.
MCMC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan disebabkan itu, permohonan kerajaan untuk menurunkan kandungan di platform media sosial bagi 2023 telah meningkat dan ia bertujuan melindungi pengguna daripada kandungan yang memudaratkan dalam talian dan bukannya membataskan kepelbagaian pandangan.
"Kandungan tersebut termasuk penipuan, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.
"Ucapan berbaur kebencian terutamanya mempunyai potensi untuk mencetuskan keganasan, diskriminasi dan gangguan sekali gus mencerminkan kepentingan untuk menguatkuasakan undang-undang serta kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan," katanya.
Menurut MCMC, adalah penting untuk kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT bekerjasama bagi menangani isu ini dan pada masa sama, menegakkan kepelbagaian pandangan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna di alam maya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa pemilik Facebook iaitu Meta dan TikTok China telah menyekat sebilangan besar hantaran di akaun serta media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023.
Ini berlaku di tengah-tengah lonjakan permintaan kerajaan untuk menurunkan kandungan.
Menurut laporan, Meta menyatakan bahawa antara bulan Julai 2022 dan Jun 2023, ia telah menyekat akses kepada lebih 3,500 item sebagai respons kepada laporan pengawal selia komunikasi negara serta agensi kerajaan yang lain.
Kandungan yang disekat termasuk kritikan terhadap kerajaan dan hantaran yang didakwa melanggar undang-undang berkaitan judi haram, ucapan kebencian, kandungan yang memecahbelahkan kaum dan agama, bersifat membuli dan penipuan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
MCMC memaklumkan, permohonan kerajaan untuk menurunkan kandungan di platform media sosial bagi 2023 telah meningkat. - Gambar fail/Amanz
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Pesohor media sosial cari suami kaya
Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
TikTok uji pempengaruh maya dikuasakan AI untuk jana kandungan, pengiklanan
Melalui ciri ini, pempengaruh maya yang dibangunkan dan ditawarkan kepada pengiklan boleh menghasilkan kandungan serta melakukan jualan melalui platform TikTok.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.
Pemilikan akaun media sosial beri kesan terhadap perkembangan minda kanak-kanak
Pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun akan mendedahkan mereka kepada kerencaman dan kecelaruan maklumat sekali gus memberi kesan terhadap perkembangan minda.
TikTok kini bayar pencipta kandungan berdasarkan nilai carian
TikTok telah memperkenalkan Creator Rewards Program yang memberi ganjaran dalam bentuk bayaran tunai kepada pencipta kandungan dengan nilai carian yang tertinggi.