awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi

Bernama
Bernama
08/12/2024
09:30 MYT
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hampir semua 323 menara pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir gelombang pertama sebelum ini telah kembali pulih dan beroperasi sepenuhnya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hampir semua 323 menara pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir gelombang pertama sebelum ini telah kembali pulih dan beroperasi sepenuhnya.
“Kita akan terus memantau prasarana telekomunikasi, khususnya dengan jangkaan gelombang kedua banjir bermula hari ini hingga 11 Dis," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Peduli Ummah Lembah Pantai 2024 di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi berkata MCMC akan menyegerakan urusan baik pulih menara pemancar yang terjejas bagi memastikan penduduk setempat tidak terputus talian komunikasi ketika kecemasan.
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula hari ini, dengan Pahang dan Johor dijangka terjejas dengan bencana tersebut.
Terdahulu, dalam program anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan sumbangan kotak bantuan asnaf kepada keluarga yang memerlukan di kawasan berkenaan.
Sebanyak 500 kotak bantuan diedarkan kepada penerima yang layak semasa program itu, selain penyediaan makanan panas kepada lebih 1,000 orang melalui inisiatif Mobile Kitchen MAPIM.
Program itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada 200 penduduk melalui perkhidmatan Bas Mobile Clinic dua tingkat. Antara aktiviti lain yang diadakan bagi memeriahkan acara, termasuk Kenduri Rakyat, jualan Rahmah, e-sukan, sukaneka, dan pertandingan mewarna.
Pada sebelah pagi, Fahmi turut menziarah kediaman pasangan kurang upaya penglihatan Mohd Khir Sidek, 52 dan Rosnita Lah, 44 di PPR Seri Cempaka, di sini, yang merupakan satu daripada empat rumah yang dipilih untuk dicat semula bersempena program jejalah itu.
Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam di kediaman pasangan itu untuk membantu mengecat rumah dan menyampaikan sumbangan kepada mereka, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#masalah telekomunikasi
#gelombang kedua banjir
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan