awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Md Alwi letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan

Bernama
Bernama
15/10/2019
04:40 MYT
Md Alwi letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan
Perkara itu diumumkan Md Alwi ketika membahaskan Belanjawan Kelantan 2020 yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu diumumkan Md Alwi ketika membahaskan Belanjawan Kelantan 2020 yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
"Perkara pertama yang perlu saya sebut di sini ialah biasanya saya dikenali sebagai ketua pembangkang dalam dewan ini untuk beberapa sesi yang lepas. Dewan Undangan Negeri ini terdiri daripada 45 orang ADUN termasuk pembangkang dari BN seramai tujuh orang dan PH (1).
"Tetapi ingin saya sampaikan untuk masuk dalam hansard, mulai hari ini selepas Muafakat Nasional, sebenarnya Kelantan sudah tidak ada ketua pembangkang kerana saya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dan kami semua (wakil rakyat Barisan Nasional) adalah penyokong kerajaan (negeri)," katanya.
Beliau berkata keputusan itu diambil hasil keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Biro Politik UMNO dan Muafakat Nasional yang terjalin antara UMNO dan PAS 14 Sept lepas.
"Yang tinggal hanyalah seorang pembangkang tunggal tegar (Datuk Seri Mustapa Mohamed/PH-Ayer Lanas). Dia tak ada jemaah jadi dia pembangkang tunggal.
"Terpulanglah kepada Datuk Speaker (Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub) untuk susun semula kedudukan dalam dewan ini," katanya.
Md Alwi turut merafak sembah merakamkan rasa sedih dan dukacita di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra pada 28 Sept lepas.
"Izinkanlah saya bagi pihak diri dan rakyat untuk menyatakan rasa sedih dan dukacita di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra. Semoga Allah SWT merahmati baginda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#Belanjawan Kelantan 2020
#kerajaan
#Kota Bharu
#letak jawatan
#Md Alwi Che Ahmad
#Mustapa Mohamed
#PAS
#pembangkang
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan