BARCELONA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) dalam usaha mempertingkat pembangunan penggunaan 5G di negara ini.
Ia sebagai satu langkah komited GSMA untuk berkongsi kes penggunaan sebenar daripada rangkaian luas mereka di samping mempromosikan pelaburan bersandarkan 5G ke Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, pemeteraian di antara dua entiti pemain industri digital itu adalah penting ketika Malaysia sedang mengorak langkah meneroka potensi 5G yang dijangka mencapai 80 peratus liputan menjelang penghujung 2024.
“Penggunaan kes kajian sebenar mempunyai potensi yang sangat besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang signifikan, meningkatkan taraf sosial dan membantu Malaysia dalam mencapai matlamat pembangunan mampan (ESG), selari dengan visi Malaysia MADANI.
“Kami yakin menerusi MoU ini dengan rangkaian meluas, pengalaman dan panduan daripada GSMA, akan meningkatkan keupayaan digital, kemampuan dan nilai dalam ekonomi digital kita.”
MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz dengan Ketua APAC untuk GSMA, Julian Gorman pada Isnin di Kongres Mobil Sedunia (MWC) 2023 yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada kajian kes penggunaan sebenar ini adalah bandar pintar, industri 4.0, pendidikan, teknologi kesihatan, pemantauan alam sekitar dan keterangkuman sosial.
GSMA juga akan menonjolkan kajian kes di Malaysia untuk siaran segera dan berkongsi mengenainya menerusi laporan-laporan saranan termasuk laporan APAC Mobile Economy dan laporan Digital Societies.
Menerusi MoU ini juga, MDEC dan GSMA akan bekerjasama dalam memacu minat terhadap pelaburan digital sepertimana yang terkandung dalam inisiatif strategik nasional terbaharu, Malaysia Digital, menerusi sektor-sektor tumpuan dan penggerak teknologi.
GSMA mewakili kepentingan pengendali teknologi mudah alih sedunia dengan menyatukan lebih 750 pengendali dengan 400 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang meluas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti pintar, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat internet serta pelbagai organisasi lain dalam sektor industri berkaitan.
Kenyataan Media
Wed Mar 01 2023

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz (kiri) dengan Ketua APAC untuk GSMA, Julian Gorman.

AWANI Ringkas: PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: Mencari Hilal Ramadan
Temu bual bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H. #AWANInews #AgendaAWANI #InspirasiRamadan #BukalahHati

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

KPMG dan MDEC bekerjasama menerusi FOX, sasar lima syarikat Unicorn Nasional menjelang 2025
KPMG Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu 20 syarikat pemula menerusi program Pusat Kecemerlangan Pengasas (FOX) MDEC.

Baru nak jadi 'content creator'? Meta boleh bantu anda
Justeru itu, Meta mahu membantu pencipta kandungan di Malaysia melalui pelancaran Meta Creator Academy.

MDEC akhiri misi MWC 2023 di Barcelona yang membuahkan hasil
MDEC menyertai wacana dengan beberapa peserta industri globalv terkemuka yang menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

MDEC meterai MoU dengan GSMA tingkat pembangunan penggunaan 5G
GSMA komited untuk berkongsi kes penggunaan sebenar daripada rangkaian luas mereka di samping mempromosikan pelaburan bersandarkan 5G ke Malaysia.

Jelajah Saya Digital Lembah Pantai pupuk kesedaran teknologi digital, gaya hidup pintar
Program Jelajah Saya [email protected] Lembah Pantai anjuran MDEC berupaya meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia terutama golongan peniaga.

MDEC, DEPA meterai MoU perkukuh kerjasama ekonomi digital Malaysia - Thailand
MoU itu bakal menjadi batu loncatan kepada lebih banyak syarikat teknologi tempatan menembusi pasaran Thailand.

MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan digital bernilai RM49 bilion menjelang 2025 sekali gus mewujudkan 49,000 peluang pekerjaan.

Kempen Saya Digital bantu pulih ekonomi, lahir rakyat celik teknologi
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertindak proaktif membawa perubahan masyarakat untuk merebut peluang ekonomi digital melalui kempen Saya Digital.

Kre8tif! Terus sokong wujudkan ekosistem kandungan digital Malaysia
K-KOMM yakin Kre8tif! membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan.

K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital
K-KOMM bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan MDEC dan AIM bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.