MEASAT, salah satu operator satelit di Malaysia, di samping turut menyediakan perkhidmatan internet melalui satelit di bawah jenama ConnectME, kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.

Perjanjian melibatkan perkara ini telahpun dimeterai secara rasminya Disember 2023.

Measat turut menyasarkan dengan langkah ini, ia akan membolehkan mereka terus memperluaskan perkhidmatan internet di 3% kawasan yang masih tidak diliputi rangkaian internet disebabkan faktor geografi.

Di samping penawaran perkhidmatan Starlink, Measat juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam, termasuk sokongan dan penyelenggaraan kepada pelanggan. - Amanz