KUALA LUMPUR: Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar Malaysia, MEASAT Global Berhad (MEASAT) dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital.
Ia dilancarkan di Pos Sinderut, Kuala Lipis, kawasan yang merangkumi kira-kira 14 perkampungan Orang Asli dengan jumlah populasi lebih 4,000 penduduk.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan pelancaran itu berkata inisiatif tersebut selari dengan dasar kerajaan seperti Pelan Digital Pahang 2021-2025 yang menyasar untuk mewujudkan landskap sosioekonomi yang lebih inklusif.
“Dengan akses ekonomi digital yang lebih baik, penduduk luar bandar boleh mendapat sumber pendapatan, pendidikan dan hiburan baharu. Saya menggalakkan lebih ramai komuniti menerima model KampungDigital365.com ini,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, Ho Chi Yang; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Nor.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim berkata inisiatif KampungDigital365.com, mengukuhkan lagi komitmen untuk merapatkan jurang digital, membantu memupuk semangat keusahawanan dan potensi produktiviti di kalangan pengguna CONNECTme NOW, disokong oleh penyelesaian logistik dan perniagaan yang khusus oleh Parcel365.
Inisiatif KampungDigital365.com turut menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pemasaran produk dalam talian menerusi platform Shopla365, bagi membantu penduduk kampung mengoptimumkan potensi ekonomi digital mereka.
Program itu turut menyediakan sebuah pusat perkhidmatan yang dilengkapi dengan komputer, mesin pencetak dan peralatan ICT yang lain, serta bantuan secara peribadi daripada pengendali apabila diperlukan.
Astro Awani
Sat Jul 15 2023

Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar Malaysia, MEASAT Global Berhad (MEASAT) dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (25 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Patung iblis' Chucky kena cekup
Pihak berkuasa di Mexico menahan patung Chucky yang digunakan pemiliknya untuk menakut-nakutkan orang ramai.
AWANI Ringkas: Syabu dan ekstasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beijing dakwa AS cuba tindas syarikat China dengan serangan siber
China yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) berulang kali cuba menindas syarikat teknologi tinggi China melalui serangan siber, menyifatkan "tingkah laku itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Agenda AWANI: Inovathon: Cerita ekonomi dan inovasi
Apa cabaran membudayakan inovasi dan bagaimana mengubah masyarakat daripada jadi pengguna kepada pencipta? Ekonomi berasaskan inovasi, apa aspek pengkomersialan yang perlu diberi keutamaan?
Ada kemungkinan beras tempatan dan import dicampur oleh pengilang - MPM
Pengerusi Kluster Sekuriti Makanan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin berkata ada kemungkinan besar beras Super Special Tempatan dan beras import dicampur oleh pengilang sebelum dipasarkan kepada pengguna. Jelasnya, kesimpulan itu dibuat memandangkan kualiti dua jenis beras itu hampir sama dan pengilang menanggung kerugian akibat kenaikan harga lantai beras baru-baru ini.
Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal. Jelasnya, kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama berulang berkali-kali.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

MEASAT, Parcel365 lancar inisiatif KampungDigital365.com pacu ekonomi digital luar bandar
MEASAT dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital.