awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC tidak ambil tindakan undang-undang usahawan gagal lunas pinjaman buat masa ini - Noh Omar

Bernama
Bernama
30/11/2021
13:24 MYT
MEDAC tidak ambil tindakan undang-undang usahawan gagal lunas pinjaman buat masa ini - Noh Omar
Noh Omar berkata ini bukan masanya untuk melakukan langkah sedemikian, sebaliknya usahawan terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu dibantu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan yang tidak dapat membayar balik pinjaman mereka buat masa ini.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata ini bukan masanya untuk melakukan langkah sedemikian, sebaliknya usahawan terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu dibantu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.
"Kita tidak akan ambil tindakan undang-undang, bukan masanya. Nak bagi bankrap ke, gulung tikar ke, tak boleh. Kalau nak buat lepas enam bulan nanti baru kita buat, sekarang bukan masanya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi MEDAC di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kementerian memahami keadaan usahawan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan kini dalam proses membangunkan semula perniagaan mereka setelah pelbagai kelonggaran diberikan kerajaan.
Sementara itu katanya agensi di bawah MEDAC juga diseru mengurangkan karenah birokrasi bagi meluluskan pinjaman kepada usahawan yang memerlukan pembiayaan untuk memperbaiki perniagaan mereka.
"Kita akan tambah baik, saya boleh bantu melalui agensi di bawah kementerian saya, CTOSS, CRISS ke, tidak perlu diambil kira. Begitu juga jangan dikenakan apa-apa caj atau interest," katanya.
Mengenai masa depan bakal usahawan yang menjalani kursus dengan MEDAC, Noh berkata pihak kementerian berusaha agar mereka terus diberi geran untuk memulakan perniagaan sebaik tamat kursus, bukan hanya mendapat sijil.
Jika geran tidak mencukupi mereka boleh diberikan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), katanya.
Sementara itu Noh berkata setakat tiga bulan lepas MEDAC telah membantu 220,241 usahawan dan koperasi memulihkan perniagaan mereka, melepasi sasaran asal iaitu 188,345 usahawan.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM195,36,300 kepada MEDAC selepas 22 Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu pada peringkat jawatankuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Medac
#tindakan undang-undang
#usahawan
#pinjaman
#Noh Omar
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan