awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/07/2022
13:00 MYT
Media diseru tangani golongan 'wartawan jadian'
Media massa kata Mohammad, perlu tegas dengan tanggungjawab mendidik masyarakat melalui sebaran maklumat, pendidikan dan penulisan intelektual. - Gambar fail/Bernama
BANGI: Sebaik mana pun sebuah perancangan, ia sukar direalisasikan tanpa penyampaian berita yang tepat dan berkesan.
Justeru Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek menyeru media dan wartawan profesional agar tidak terus membiarkan golongan 'wartawan jadian' mengambil alih peranan menyebarkan berita, sebaliknya memainkan peranan yang lebih jitu dalam menyampaikan maklumat yang benar dan sahih.
"Perancangan yang baik tidak akan berjaya jika tidak disampaikan dengan baik. Ini telah membuktikan tanggungjawab besar yang dipikul oleh pihak media dalam bersama-sama membantu menjayakan agenda pembangunan negara.
"Bagaimanapun, kita juga berhadapan dengan cabaran daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita-berita palsu.
"Melalui penggunaan media sosial yang meluas dan tanpa sempadan, memberi kesan besar kepada masyarakat, apatah lagi jika maklumat yang disampaikan itu tidak tepat atau tidak secara menyeluruh.
"Wartawan dan media dalam negara membangun seperti Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai mata dan hati rakyat yang juga bertindak sebagai semak dan imbang bagi kerajaan.
"Namun, dalam dunia tanpa sempadan kini, muncul ramai ‘wartawan jadian’ yang mencemar profesion kewartawanan dengan menyebarkan ‘cerita’ sama ada palsu atau tidak tepat, sehingga mengelirukan masyarakat umum," katanya ketika memberi ucapan pada majlis Penghargaan Media bersama K-KOMM dan Sekolah Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB), pada Jumaat.
Jelasnya lagi, apa sahaja inisiatif kerajaan memerlukan media memainkan peranan penting sebagai medium penyampaian berita dan informasi sahih dan tepat, sekali gus memastikan matlamatnya dapat dipenuhi.
Media massa, tambahnya, perlu tegas dengan tanggungjawab mendidik masyarakat melalui sebaran maklumat, pendidikan dan penulisan intelektual yang secara tidak langsung akan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik, sejajar dengan wawasan negara.
Topic Berkaitan
#media massa
#media sosial
#wartawan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Mohammad Mentek
#wartawan jadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan