KUALA LUMPUR: Tatkala media berperanan melaporkan kepada dunia mengenai pencerobohan dan kekejaman rejim Israel ke atas Palestin dan penduduknya, konflik Israel-Palestin yang telah berlanjutan selama beberapa dekad bukan hanya mengenai dua pihak yang berperang satu sama lain.
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.
"Penting bagi kita untuk mengubah penceritaannya, untuk menunjukkan putaran kekejaman yang dilakukan Israel.
"Kita perlu mengetengahkan nasib wanita dan kanak-kanak, penderitaan dan masa depan suram yang bakal mereka lalui," kata Turgut yang berpangkalan di al-Quds (Baitulmaqdis) semasa forum maya mengenai "Harnessing 24-Hour Global Journalism on Palestine Issue" pada Selasa.
Forum tersebut dianjurkan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dengan penyertaan media dari Malaysia, Indonesia, Bosnia-Herzegovina, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail berkata naratif strategik yang tepat diperlukan untuk mengekalkan 'stamina' dalam membuat liputan krisis.
"Kita telah memerangi kekejaman yang sama sejak tujuh dekad lalu. Tetapi apa yang dicapai setelah semua kemarahan, semua kecaman itu?," soalnya, sambil menambah bahawa usaha perlu diperkuat untuk menyatukan masyarakat antarabangsa bersama dalam satu suara menentang kekejaman Israel.
Beliau juga mencadangkan supaya teknologi mudah alih dimanfaatkan dan cawangan media memantapkan keseluruhan proses perkongsian kandungan secara terus dari Gaza.
Sementara itu, wartawan Al Jazeera di Malaysia Hardjito Warno, juga bersetuju bahawa laporan mengenai perjuangan Palestin perlu telus dan terbuka.
Beliau menyarankan media di Malaysia, Indonesia dan Brunei berganding bahu untuk membuat bank data dan berkongsi maklumat mengenai isu Palestin.
Sementara itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bersedia menawarkan pelbagai platform berita kepada rakan-rakan Palestin melalui Perkhidmatan Berita Antarabangsa untuk membantu menyebarluaskan maklumat mengenai perkembangan semasa di Gaza kepada khalayak.
Bernama mempunyai perkongsian berita dengan agensi lain di rantau ini termasuk Antara Indonesia, serta menjadi anggota pertubuhan berita serantau seperti Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) dan Rangkaian Berita NAM (NNN), yang memberikan liputan meluas di seluruh pelosok dunia.
Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqdis Timur pada Ramadan merebak ke Gaza apabila pejuang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika rejim itu tidak menghentikan serangan.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 217 penduduk Palestin terbunuh pada Selasa, termasuk 63 kanak-kanak dan 36 wanita, sejak serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 10 Mei.
Kira-kira 1,500 yang lain juga dilaporkan cedera sementara banyak bangunan musnah atau rosak dalam serangan itu, termasuk bangunan al-Jalaa yang menempatkan pejabat media antarabangsa Al Jazeera dan Associated Press.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, yang menempatkan masjid Al-Aqsa, semasa perang Arab-Israel 1967. Pada 1980 rejim itu menceroboh seluruh bandar, satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Turgut berkata, penting untuk mengubah penceritaan, untuk menunjukkan putaran kekejaman yang dilakukan Israel. - twitter @turgutalpboyraz
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.