awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mediasi gagal selesai kes saman Mohamad Salleh terhadap Rafizi, Malaysiakini

Bernama
Bernama
10/04/2014
06:08 MYT
Mediasi gagal selesai kes saman Mohamad Salleh terhadap Rafizi, Malaysiakini
Mohamad Salleh (kanan) - Gambar Fail
Kes saman bekas pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan memfitnah berkaitan pinjaman membeli hartanah, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi.
Bagaimanapun, peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili Mohamad Salleh, ketika ditemui pemberita di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu.
Peguam Ng Siau Sun yang mewakili Mohd Rafizi ketika ditanya pemberita mengenai proses mediasi itu, hanya menjawab: "Cadangan (dari) kedua-dua pihak tidak sepadan".
Ng berkata pengurusan kes akan dibuat di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara esok.
Hari ini, Mohamad Salleh dan Mohd Rafizi berjumpa Hakim Zainal L. Saleh bagi memaklumkan perkembangan proses mediasi mereka.
Pada 3 Jun tahun lepas, Mohamad Salleh dan NFCorp sebagai plaintif memfailkan saman terhadap Mohd Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan dan pemilik portal berita Malaysiakini iaitu Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari sama.
Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu.
Topic Berkaitan
#lembu
#mahkamah
#Malaysiakini
#mohamad salleh
#NFCorp
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan