awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MediaTek, Google bekerjasama hasilkan cip dioptimasi untuk Gemini Nano

Amanz
Amanz
25/02/2024
11:15 MYT
MediaTek, Google bekerjasama hasilkan cip dioptimasi untuk Gemini Nano
MediaTek memaklumkan dua cip pemprosesan mereka hadir dengan sokongan pengoptimasian Gemini Nano, iaitu Dimensity 9300 dan juga Dimensity 8300. -Amanz
MEDIATEK kini mengumumkan kerjasama dengan Google, sekali gus menyertakan pengoptimasian khusus untuk model bahasa raya Google, iaitu Gemini Nano.
Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengeluar peranti untuk menyertakan sokongan kecerdasan buatan secara terbina pada peranti, sekali gus mempertingkatkan prestasi dalam penggunaan ciri penjanaan berasaskan kecerdasan buatan.
MediaTek memaklumkan dua cip pemprosesan mereka hadir dengan sokongan pengoptimasian Gemini Nano, iaitu Dimensity 9300 dan juga Dimensity 8300.
Dengan integrasi ini, ia menjadikan penjanaan berasaskan kecerdasan buatan boleh dijalankan terus pada peranti berbanding menggunakan akses berasaskan internet.
Pada masa sama, ia memberikan lebih privasi kepada pengguna, selain kebolehan menggunakan kecerdasan buatan pada peranti tanpa akses internet.
Selari pengumuman ini, MediaTek dan Google turut merancang untuk memperkenalkan APK khusus untuk membantu para pembangun dan pengeluar peranti dalam menyertakan Gemini Nano pada aplikasi masing-masing. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#MediaTek
#Gemini Nano
#sokongan kecerdasan buatan secara terbina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan