awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik cedera kena tembak di restoran dekat Manjung

Bernama
Bernama
22/08/2014
12:04 MYT
Mekanik cedera kena tembak di restoran dekat Manjung
ACRYL: Suspek bertindak menembak mangsa dengan melepaskan beberapa tembakan sebelum melarikan diri. - Gambar Fail
Seorang mekanik motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki akibat ditembak di sebuah restoran di Medan Sitiawan dekat Manjung.
Mangsa berumur 37 tahun yang dirawat di Hospital Seri Manjung kini berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketika kejadian pukul 12.30 tengah malam tadi, mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua rakannya.
"Suspek bertindak menembak mangsa dengan melepaskan beberapa tembakan sebelum melarikan diri menaiki motosikal," katanya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Jumaat.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dalam kegiatan kongsi gelap atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya kes berkenaan tiada kaitan dengan kejadian tembak yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung baru-baru ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#jenayah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan