awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden letupan: Help University, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca
JKDM Sarikei rampas rokok, minuman keras tidak berkastam bernilai RM7.28 juta
Speedy Tigers jalani persiapan akhir di Australia, 22 pemain rebut tempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik didakwa bunuh pekerja tanah perkuburan di Padawan

Bernama
Bernama
12/01/2026
12:00 MYT
Mekanik didakwa bunuh pekerja tanah perkuburan di Padawan
Chang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali. - Gambar Bernama
KUCHING: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja tanah perkuburan Cina di Jalan Lumba Kuda, Kota Sentosa di sini pada 3 Jan lepas.

Ringkasan AI
  • Mekanik didakwa membunuh pekerja tanah perkuburan Cina di Kota Sentosa, membawa pertuduhan di Mahkamah Majistret, tanpa pengakuan rekod kerana kes dibawa ke Mahkamah Tinggi.
  • Pertuduhan lain menimpa mekanik yang cuba membunuh anak mangsa pada hari sama di tempat yang sama, dengan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
  • Tarikh sebutan semula kes ditetapkan bagi kedua-dua pertuduhan, dengan pertuduhan membunuh akan dibawa ke Mahkamah Tinggi manakala pertuduhan cuba membunuh akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Chang Nyet Nyee, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Chang, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Lo Thin Kuek, 68, di Tanah Perkuburan Clan Chai, Kota Sentosa pada 11.30 pagi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Chuah Khai Sheng tidak menawarkan jaminan, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Feb ini.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Chang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh anak Thin Keuk, Lo Shau Loong, 34, pada hari sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh memandangkan cubaan membunuh merupakan kesalahan serius dan dia mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh di Mahkamah Majistret.
Hakim Iris Awen Jon tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Feb sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#tanah perkuburan
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan