Mekanik didakwa samun kedai runcit guna pedang

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama. -Gambar fail
PASIR MAS: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan melakukan samun menggunakan pedang di sebuah kedai runcit, tiga bulan lalu.
Ringkasan AI
- Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan samun menggunakan pedang di sebuah kedai runcit di Tumpat, tiga bulan lalu.
- Tertuduh didakwa melakukan samun terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kampung Berangan, Wakaf King, Tumpat.
- Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan, mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 392, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan. Sementara itu, Seksyen 397 memperuntukkan hukuman sebatan mandatori kerana melibatkan penggunaan senjata tajam ketika melakukan samun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membahayakan keselamatan awam.
“Jika mahkamah membenarkan jaminan, saya mohon jumlah RM20,000,” katanya.
Tertuduh dalam rayuannya memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana hanya berpendapatan RM50 sehari.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan syarat perlu melapor diri di balai polis terdekat pada setiap 1 haribulan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Januari tahun hadapan.
Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu yang tular di Facebook, memaparkan seorang lelaki bertopi keledar mengacukan parang ke arah mangsa yang berada di kaunter sebelum melarikan sejumlah wang tunai dan rokok. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tuduhan yang dihadapi oleh Muhamad Azmie Akid Azaha? A: Muhamad Azmie Akid Azaha didakwa melakukan samun terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah kedai runcit di Kampung Berangan, Wakaf King, Tumpat.
- Q: Apakah hukuman yang mungkin dikenakan ke atas tertuduh jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 392? A: Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
- Q: Siapakah yang mengendalikan pendakwaan dalam kes Muhamad Azmie Akid Azaha? A: Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan.
- Q: Apakah syarat jaminan yang dikenakan ke atas Muhamad Azmie Akid Azaha? A: Mahkamah membenarkan Muhamad Azmie Akid Azaha diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan syarat perlu melapor diri di balai polis setiap 1 haribulan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
- Q: Bilakah tarikh seterusnya kes ini ditetapkan untuk sebutan semula? A: Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Januari tahun hadapan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

