awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik disamun di Bentong, Porsche dilarikan

Bernama
Bernama
04/10/2014
07:58 MYT
Mekanik disamun di Bentong, Porsche dilarikan
Suspek merampas duit mangsa berjumlah RM15,000, beberapa dokumen penting dan kereta Porsche mangsa sebelum mereka melarikan diri.
Seorang mekanik kerugian wang tunai RM15,000 dan kereta Porsche Cayenne V6 selepas disamun tiga lelaki di jalan susur keluar ke MTD Genting Sempah, menghala turun ke Kuala Lumpur berhampiran Bentong awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa Chan Weng Leong, 27, memandu sendirian dari arah Genting Highlands menghala stesen Petronas Genting Sempah.
Beliau berkata apabila sampai di susur keluar MTD Genting sempah berhampiran sebuah bengkel kenderaan, tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal menghalang laluannya.
"Pada masa yang sama sebuah kereta berwarna hitam yang tidak memasang lampu melanggar kenderaannya dari belakang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ekoran itu mangsa telah keluar dari keretanya sebelum dua lelaki bersenjata pisau menerpa dan mengacukan senjata itu ke perut mangsa sambil meminta mangsa menyerahkan dompetnya.
Mohamad Nor berkata suspek merampas duit mangsa berjumlah RM15,000, beberapa dokumen penting dan kereta Porsche mangsa sebelum mereka melarikan diri.
Topic Berkaitan
#Cayenne V6
#Chan Weng Leong
#Mohamad Nor Mansor
#MTD Genting Sempah
#Porsche
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan