awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut terpelanting, motosikal 'cium' lembu

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
20/01/2018
13:27 MYT
Mekanik maut terpelanting, motosikal 'cium' lembu
Seorang mekanik kereta maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu di jalan besar Jengka 23 di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, mangsa Muhammad Faizal Muhamad Mokhtar, 24 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Suprintendan Norzamri Abd Rahman, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Taman Ampang Saujana, Selangor dikatakan dalam perjalanan dari arah Ampang menuju ke Jengka 23 bersama isterinya, Nor Haleana Dali, 24.
"Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seekor lembu dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan secara mengejut menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 150RR gagal mengelak lalu melanggar lembu terbabit sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Lembu yang dilanggar mangsa menggunakan motosikal.
Lembu yang dilanggar mangsa menggunakan motosikal.
Beliau berkata, akibat kejadian ini menyebabkan Muhammad Faizal terpelanting ke sebelah kanan jalan dan maut di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal mengalami cedera parah di kaki.
"Mayat dihantar ke Hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat dan isteri mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera
#Deputi Suprintendan Norzamri Abd Rahman
#kepala
#kereta
#Ketua Polis Daerah Maran
#langgar
#lembu
#mangsa
#maut
#mekanik
#meninggal dunia
#pembonceng
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan