KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.05 malam itu, Mohd Azizi Jaafar, 37 tahun, yang melecur lebih 90 peratus, maut di tempat kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, api marak sedang membakar kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa.
Katanya, mangsa cuba menyelamatkan diri menerusi tingkap kereta namun gagal.
Hasil pemeriksaan pihaknya menemui tiga silinder gas untuk kerja kimpalan dan satu tabung gas oksigen di dalam kenderaan berkenaan.
"Mungkin ada sumber-sumber kebakaran yang lain, bukan sekadar gas itu saja, tetapi siasatan masih di peringkat awal dan kita cuma dapat nyatakan, kebakaran berpunca daripada sumber-sumber yang ada dalam kereta itu," katanya.
Menurut Md Hilman, insiden itu juga menyebabkan sebuah Perodua Viva yang diparkir di tepi jalan hangus kira-kira 60 peratus.
Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal kebakaran.
Md Hilman berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sat Nov 20 2021

Kejadian kira-kira jam 7.05 malam Sabtu itu meragut nyawa Mohd Azizi Jaafar, yang dikatakan gagal keluar menyelamatkan diri dari kereta yang terbakar. - Foto Sinar Harian

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Kereta tiba-tiba terbakar, pemandu nyaris rentung
Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri setelah kereta jenis Peugeot yang dipandunya musnah terbakar di Jalan Kuala Pari, di Ipoh, hari ini.

Kereta terbakar, lebuh raya PLUS sesak 17 km dekat Ipoh
Sebuah kereta yang terbakar di Kilometer (KM) 259 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh telah menyebabkan kesesakan sejauh 17 km pada Isnin.

Lelaki terselamat, kereta musnah terbakar di lebuh raya
Mangsa yang memandu seorang diri sempat keluar dari kenderaan tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sudah kenal pasti mangsa rentung di Lebuhraya Guthrie
Bapa mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan kereta dipandu mangsa adalah milik syarikat mereka.

'Kereta dah terbakar, nak beli baharu tak mampu' - Fauziah Nawi sebak terima hadiah kereta
Pelakon Fauziah Nawi bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.

Pemandu rentung, kereta terbakar di Kabong, Sarawak
Pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Kia telah terbakar 100 peratus dan bomba dapat mengawal kebakaran pada 11.40 malam.

Wanita rentung dalam nahas di MEX
Empat lagi penumpang mengalami kecederaan di kepala dan tiga lagi wanita dilaporkan selamat.

"Cukuplah Allah sebagai tempat bagi kami" - Coretan terakhir mangsa rentung dalam kemalangan undang sebak netizen
Coretan akhir mangsa kebakaran kemalangan.

Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan
Dua maut manakala empat lagi selamat dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Kulai, Johor pada Sabtu.

Kereta Honda atas treler musnah terbakar
Lima kereta baharu jenis Honda terbakar hampir seratus peratus selepas treler yang membawa kereta berkenaan, mengalami kebakaran di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Rembau.