awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka Bebas Berniaga: Kerajaan negeri sasar 2,000 penjaja

Bernama
Bernama
11/02/2021
12:10 MYT
Melaka Bebas Berniaga: Kerajaan negeri sasar 2,000 penjaja
Rakyat Melaka dibenarkan membuka gerai atau perniagaan kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai, bermula 1 Jan lepas sehingga 31 Dis ini. - Gambar hiasan
MELAKA:Kerajaan negeri Melaka menyasarkan penglibatan kira-kira 2,000 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negeri, dalam program 'Melaka Bebas Berniaga' pada suku pertama tahun ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif berkenaan adalah sebagai langkah membantu penjaja dan peniaga kecil serta rakyat, menjana pendapatan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Beliau berkata malah menerusi Belanjawan Negeri Melaka 2021, kerajaan negeri turut mengumumkan Dana Bantuan Kasih Niaga kepada rakyat Melaka berjumlah RM1 juta, sebagai galakan untuk mereka menceburi bidang perniagaan.
"Kita amat mengalu-alukan mana-mana rakyat Melaka, terutamanya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan dipotong gaji, untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai, bermula 1 Jan lepas sehingga 31 Dis ini.
"Bagaimanapun mereka mestilah mendapatkan lesen perniagaan terlebih dahulu, daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing selain mematuhi elemen kebersihan, kesihatan dan keselamatan, serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan lesen kepada penjaja dan peniaga kecil di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan Sulaiman menyerahkan lesen penjaja Majlis Perbandaran Han Tuah Jaya (MPHTJ), kepada 14 penjaja dan peniaga kecil di sekitar Jalan Tun Hamzah, Bukit Katil di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Melaka Bebas Berniaga
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
#COVID-19
#pendapatan
#penjaja
#peniaga
#gerai
#kerajaan negeri
#benarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan