awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April

Bernama
Bernama
27/03/2022
09:12 MYT
Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April
Kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada namun lebih rapat berbanding amalan sebelum ini iaitu penjarakan satu meter. - Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada namun lebih rapat berbanding amalan sebelum ini iaitu penjarakan satu meter.
"Kita benarkan solat jemaah jaraknya adalah antara satu sejadah, jadi masih ada sedikit penjarakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gudang syarikat peruncitan Baloy Sdn Bhd (Baloy) yang pertama di Melaka iaitu di Bukit Senjuang hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Yen CY.
Melaka sebelum ini memberi kelonggaran kepada pengurusan masjid menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk mengawal penjarakan jemaah.
Ia susulan kerajaan negeri tidak menetapkan secara rasmi kebenaran merapatkan saf seperti dilakukan di Perlis memandangkan Melaka mempunyai lebih 313 masjid dan surau bertaraf masjid yang menyediakan ruang mencukupi meskipun mengamalkan penjarakan fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#jemaah
#rapat saf
#Sejadah
#masjid
#surau
#fasa peralihan endemik
#COVID-19
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan