Skip to main content

Malaysia

Melaka catat kadar kebolehjangkitan COVID-19 harian tertinggi

41612711643_NoorHishamAbdullah.jpg
KUALA LUMPUR:Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu pada 1.17 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.92.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Selangor merekodkan Rt kedua tertinggi pada kadar 1.10, diikuti Johor (1.09), Pulau Pinang (1.07), Kuala Lumpur (1.03) dan Sarawak (1.01).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Pahang 0.95, Perak (0.92), Negeri Sembilan (0.90), Kedah (0.87), Terengganu (0.86), Sabah (0.81), Kelantan (0.80), Labuan (0.75) manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing Rt 0.70


Advertisement

Must Watch Video