awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka mohon geran RM2 juta perluas projek ternakan udang

Bernama
Bernama
19/10/2023
20:15 MYT
Melaka mohon geran RM2 juta perluas projek ternakan udang
Fairul Nizam berkata, ia bagi membolehkan penambahan kolam dan ternakan udang putih di kawasan seluas 2.4 hektar sekali gus menjamin sekuriti makanan negara terutama di Melaka. - Gambar FB/Fairul Nizam
JASIN: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC) memohon kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permohonan agensi itu untuk mendapatkan geran RM2 juta bertujuan memperluas projek kolam ternakan udang di Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang, di sini.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, ia bagi membolehkan penambahan kolam dan ternakan udang putih di kawasan seluas 2.4 hektar sekali gus menjamin sekuriti makanan negara terutama di Melaka.
"Projek akuakultur ini diusahakan sejak 14 tahun lepas bermula dengan ternakan ikan kerapu dan kerang. Pada 2014 ia mula mengusahakan 10 kolam udang putih dan tujuh kolam udang harimau hingga kini.
"Kita telah mengemukakan permohonan geran tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi rancangan memperluas projek ternakan di kawasan ZIA ini," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke kolam ternakan udang di ZIA Sempang yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka, Tee Mei Ghee dan Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah.
Fairul Nizam berkata, setakat September lepas, purata hasil dikeluarkan mencapai lima tan metrik sebulan dengan anggaran hasil kira-kira RM1 juta.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri bagi memasarkan udang tersebut menerusi Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah.
"Ini juga bagi memastikan bekalan udang dapat dijual kepada pengguna dengan harga berpatutan dan lebih murah daripada pasaran supaya masyarakat dapat manfaatnya," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#kpdn
#ternakan udang
#harga berpatutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan