ALOR GAJAH: Melaka akan menjadi negeri pertama bagi pelaksanaan program jelajah aspek perundangan negara melibatkan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) termasuk Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pelancaran siri jelajah itu dijangka akan dirasmikan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada hujung bulan ini sebelum diperluaskan ke negeri lain.
"Siri jelajah ini akan melibatkan antaranya sesi 'town hall', dialog, khidmat bantuan guaman, pameran dan lawatan mengikut keperluan dan permintaan agensi di bawah jabatan itu di setiap negeri terlibat.
"Objektif pelaksanaan program ini ialah memberi pendedahan dan pemahaman kepada rakyat setempat berkaitan aspek perundangan negara secara lebih luas selain fungsi dan peranan agensi terlibat serta perkhidmatan yang ditawarkan untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) 2021 di sini semalam.
Pada majlis itu sebanyak 724 murid cemerlang UPKK 2020 dan 2021 diberi sijil penghargaan dan wang tunai melibatkan peruntukan hampir RM100,000.
Sementara itu, beliau berkata program tuisyen untuk pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac depan bagi Parlimen Masjid Tanah akan dimulakan dalam masa terdekat bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan itu.
"Program tuisyen berkenaan telah dihentikan hampir dua tahun ekoran penularan COVID-19 dan ia akan dimulakan segera. Saya telah berbincang dengan pejabat pendidikan daerah serta pihak sekolah untuk memulakan program ini dan kosnya akan kita biayai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Mas Ermieyati (dua, kiri) beramah mesra dengan murid cemerlang selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2021 di Alor Gajah, 16 Jan 2022. --fotoBERNAMA

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/thumbnails/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Peringkat Nasional | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID-19.
![[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022 [TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967174/thumbnails/23697343111652676285727_640x360.jpg)
[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022
Ikuti Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Kuasa beli rakyat meningkat, pacu KDNK disebalik inflasi
Penggunaan persendirian yang meningkat lebih dua kali ganda merupakan cerminan kepada keyakinan dan kuasa beli rakyat. Walaupun KDNK meningkat, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai beri amaran tekanan inflasi. #NiagaAWANI #AWANIPagi #Ekonomi #KDNKMalaysia

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

Jawatankuasa khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti - Wan Junaidi
Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediakan penyata.

Amerika lulus rang undang-undang bantu Ukraine
Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian besar 417-10.

SPRM punyai kuasa siasat hakim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam setelah menerima laporan atau aduan rasmi.

Rumah Bonda ambil tindakan undang-undang terhadap pihak sebar maklumat sulit
Rumah Bonda menjelaskan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan kononnya terdapat kegiatan pemerdagangan bayi dilakukan.

Laporan akhir kes Pulau Batu Puteh dibentang dalam masa terdekat
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan itu dibuat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

"Ada apa-apa kaitan ke dengan Rumah Bonda?" - TMJ persoal ke mana pergi ahli politik
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoal ke mana perginya pemimpin politik di negara ini yang tidak bersuara berhubung isu penderaan terhadap Bella.
![[KOLUMNIS] Laluan pelayaran kapal selam bertenaga nuklear: Perairan Malaysia di ambang bahaya? [KOLUMNIS] Laluan pelayaran kapal selam bertenaga nuklear: Perairan Malaysia di ambang bahaya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650949556_kapalselamkuasanu.jpg)
[KOLUMNIS] Laluan pelayaran kapal selam bertenaga nuklear: Perairan Malaysia di ambang bahaya?
Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir yang tidak diingini.

Rokok bukan sahaja isu kesihatan tetapi juga ekonomi - Pakar
Mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan penyumbang hasil besar kepada negara bukan mudah, namun beberapa aspek akan membantu memudahkan proses tersebut.

Perbanyak kempen kesedaran mengenai tindakan undang-undang jika abai anak
Golongan berkenaan perlu diberi banyak pendedahan berkaitan kesalahan itu yang boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

RUU Antilompat Parti antara usul dibentang pada sidang DUN Sarawak - Karim
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti antara usul yang akan dibentang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelak.