JASIN:Kerajaan negeri Melaka akan memastikan projek tebatan banjir di Merlimau di sini khusus bagi penyelesaian banjir jangka panjang, dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa projek itu membabitkan pembinaan dua kolam takungan dan kini berada dalam fasa akhir reka bentuk serta proses pengambilan tanah.
"Bagi saya, projek ini agak terlalu lama dan kelewatannya mungkin disebabkan ketidakcekapan pihak konsultan, namun kerajaan negeri akan bertemu dan berunding terus dengan mereka bagi memastikan ia dapat direalisasikan dengan segera.
"Berikutan fenomena cuaca yang tidak menentu, kita bimbang ia akan menyukarkan penduduk di sekitarnya yang kerap berdepan dengan masalah banjir kilat," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, di sini, semalam.
BACA: Lebih 25 tahun tidak tidur lena apabila hujan lebat - Mangsa banjir
BACA: Banjir: Bakal pengantin 'berendam' air mata
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah meningkat kepada 252 orang daripada 62 keluarga.
Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata daripada jumlah itu, 75 mangsa ditempatkan di PPS SMK Dang Anum dan 123 ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel yang kedua-duanya terletak di Jasin.
"Bagi daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 54 mangsa, setakat pukul 9.00 malam ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020

Sulaiman (kanan) bertanya khabar salah seorang mangsa banjir ketika melawat pusat pemindahan sementara di SMK Dang Anum di Merlimau, 20 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

AWANI Ringkas: Program Imunisasi di Kedah & Pulau Pinang bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892853/27199807051614473676488_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi​ 28 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN. 2. Inspirasi di sebalik album terhabaru WEi, Identity Challenge. #AWANInews​ #HapusCOVID19

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.

Projek tebatan banjir Pengkalan Kubur-Pasir Mas siap 70 peratus
Pelaksanaan projek berkenaan dipercepatkan selepas mengambil kira keluhan lebih 8,000 penduduk melibatkan 2,010 rumah di beberapa daerah yang saban tahun berdepan bencana banjir.

Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan
Peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan.

MEWA kaji laksana projek tebatan banjir lebih efektif - Dr Ahmad Masrizal
Satu kajian untuk melaksanakan projek tebatan banjir lebih efektif sedang diadakan untuk bagi menangani masalah banjir di seluruh negara, terutama di pusat-pusat bandar.

P. Pinang rancang tujuh projek tebatan banjir RM6.7 juta tahun ini
Pada 2018, kerajaan negeri memperuntukkan RM7.58 juta untuk lima projek tebatan banjir di sekitar kawasan MBPP.

RM100 juta untuk 114 projek tebatan banjir di Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi melaksanakan 114 projek tebatan banjir di seluruh negeri.