Skip to main content

Malaysia

Melaka perkukuh usaha integriti dengan lebih 200 inisiatif tadbir urus - Ab Rauf

MELAKA, 28 Julai -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucapan pada majlis makan malam sempena 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption di sebuah hotel dekat Banda Hilir, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  MELAKA, July 28 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh delivering his speech during a dinner held in conjunction with the 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption at a hotel in Banda Hilir today.  --fotoBERNAMA (
Ab Rauf menyampaikan ucapan pada majlis makan malam sempena 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption di sebuah hotel dekat Banda Hilir, pada Selasa - Gambar Bernama
Advertisement

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan lebih 200 inisiatif bagi memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik, sekali gus memperteguh komitmennya dalam membina keyakinan rakyat serta menarik pelabur.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu menterjemahkan komitmen kerajaan negeri terhadap integriti kepada tindakan yang konkrit, sekali gus menyaksikan Melaka diiktiraf sebagai negeri kedua terbaik di Malaysia dalam Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Di Melaka, kami percaya tadbir urus yang baik bermula dengan integriti. Ia bukan sekadar prinsip yang kami perjuangkan, malah nilai yang menjadi panduan dalam cara kami mentadbir, berkhidmat kepada rakyat serta membina keyakinan dalam kalangan pelabur, komuniti perniagaan dan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Sekretariat ASEAN-PAC ke-22, di sini, pada malam Selasa.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad.

Beliau berkata, pengiktirafan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus, menambah baik penyampaian perkhidmatan awam serta mewujudkan kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Ab Rauf berkata, antara langkah utama yang diperkenalkan ialah Pelan Antirasuah Negeri Melaka 2022–2026 yang bertujuan mengenal pasti risiko rasuah, memperkukuh langkah pencegahan serta meningkatkan integriti di seluruh pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memperkukuh ketelusan dalam perolehan awam menerusi Sistem Tender Online Melaka (STOM), iaitu platform digital berpusat bagi pengiklanan tender dan sebut harga, pendaftaran syarikat, pembelian dokumen serta penyiaran maklumat perolehan.

“Kami akan terus memperkenalkan dasar yang lebih kukuh, menambah baik tadbir urus serta memastikan integriti menjadi panduan dalam setiap keputusan yang kami buat di Melaka.

“Ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 25 negara terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2030,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement