awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka pertimbang premis swasta disyaratkan perdengar lagu Negaraku setiap Isnin

Bernama
Bernama
31/08/2023
01:57 MYT
Melaka pertimbang premis swasta disyaratkan perdengar lagu Negaraku setiap Isnin
Ab Rauf hadir pada sambutan Malam Ambang Merdeka peringkat negeri di Dataran Sejarah Ayer Keroh di Melaka malam tadi. - Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan menetapkan syarat kepada premis swasta termasuk pasar raya di negeri ini supaya memperdengarkan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya setiap pagi Isnin.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pendekatan itu adalah sebagai susulan arahan kepada semua pejabat kerajaan di negeri ini yang mewajibkan dua lagu patriotik berkenaan dikumandangkan setiap Isnin pukul 10 pagi.
"Kita akan lihat kesesuaiannya, mungkin akan diperluas ke lokasi tumpuan ramai pada masa yang sesuai nanti," katanya selepas menyampaikan amanat pada sambutan Malam Ambang Merdeka peringkat negeri di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini malam tadi.
Media sebelum ini melaporkan pada April lepas, kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling mewajibkan semua pejabat jabatan dan agensi kerajaan memperdengarkan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap Isnin.
Semua kakitangan dan individu yang mendengarnya pula perlu berdiri sebagai tanda hormat.
Terdahulu, lebih 30,000 pengunjung membanjiri lokasi sambutan berkenaan yang diadakan bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-66, hari ini.
Acara Ambang Merdeka disambut meriah dengan persembahan pentas termasuk beberapa program hiburan patriotik serta pertunjukan bunga api turut mewarnai ruang udara Ayer Keroh selama 10 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Hari Kebangsaan
#lagu patriotik
#premis swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan