awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka rancang pameran berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei

Bernama
Bernama
29/02/2024
14:43 MYT
Melaka rancang pameran berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei
Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15. - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka merancang untuk mengadakan pameran artifak berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata sebelum ini sekumpulan penyelidikan daripada Universiti Islam Melaka (Unimel), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diterajui Institut Tun Perak, telah menjalankan kajian berkaitan Hang Tuah di beberapa negara.
"Kita telah menemukan pelbagai artifak yang kita boleh bawa balik untuk dipamerkan kepada rakyat Melaka dan Malaysia pada Mei nanti.
"Antaranya keris-keris hebat dijumpai di Okinawa (Jepun) dan warkah-warkah Hang Tuah akan dibawa balik untuk diberikan satu penyelesaian tentang kekusutan sejarah yang selama ini tak dapat kita jumpa tentang ketulenan sejarah ini," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan Majlis Pelancaran Buku Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertajuk 'Merintis TVET Termaju Rentas Dunia Rentas Budaya' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.
Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15.
Menurutnya, Hang Tuah pernah dikesan berada di China, Jepun, India, Turkiye dan Rom, Itali dan pernah menunaikan haji di Mekah.
Beliau berkata kerajaan negeri telah menemui waris kesepuluh Hang Tuah dan penyimpan warisan laksamana Kesultanan Melayu Melaka selain tinggalan warisannya akan dipamerkan pada pameran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Hang Tuah
#pelancongan
#sejarah
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan