awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka rekod kerugian RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
05/09/2024
21:30 MYT
Melaka rekod kerugian RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian
Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu. - Gambar hiasan
JASIN: Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu, kata Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Beliau berkata daripada jumlah itu juga 378 kes berjaya dibawa untuk pertuduhan membabitkan kesalahan jenayah ini.
Fairul berkata berkata isu itu perlu dibendung lebih awal kerana ia boleh mendatangkan kerugian di samping memecahbelahkan masyarakat dan menganggu-gugat kestabilan negara.
"Saya ingin menasihatkan supaya masyarakat lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan segala taktik penipuan ini, selain melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya menjadi mangsa," katanya kepada pemberita di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini pada Khamis.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan MARA 2024 kepada 467 murid terdiri daripada keluarga B40 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#kerugian
#penipuan dalam talian
#Fairul Nizam Roslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan