awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka sedia buka lebih banyak PPS - Sulaiman

Bernama
Bernama
02/01/2022
11:26 MYT
Melaka sedia buka lebih banyak PPS - Sulaiman
Seorang penunggang motosikal meredah air yang melimpah di atas jalan raya ketika tinjauan banjir di Taman Angkasa Nuri, Melaka hari ini. - Bernama
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka bersedia membuka lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) jika pusat sedia ada penuh dan berlaku pertambahan jumlah mangsa banjir.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pembukaan PPS baharu perlu dilakukan bagi mematuhi prosedur operasi standard berkaitan penjarakan fizikal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
"Kita ada banyak sekolah, mana-mana yang perlu digunakan (sebagai PPS) akan diberi kebenaran," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka di sini hari ini yang menempatkan 215 orang daripada 55 keluarga.
Beliau turut menasihati orang ramai agar mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh bencana.
Katanya pelbagai agensi termasuk Jabatan Penerangan Melaka telah digerakkan untuk membuat pemantauan, hebahan dan berkongsi maklumat dari semasa ke semasa kepada penduduk berkaitan situasi banjir yang berlaku ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#mangsa banjir
#Sulaiman Md Ali
#jabatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan