awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara 23 Jan - MCMC
PRK Kinabatangan, Lamag: 48,526 pengundi tunai tanggungjawab esok
Ubisoft batalkan enam permainan termasuk 'Prince of Persia', tutup beberapa studio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka siasat dakwaan kesilapan kaligrafi kalimah Allah dalam masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
02/07/2025
06:15 MYT
Melaka siasat dakwaan kesilapan kaligrafi kalimah Allah dalam masjid
Isu ini mula tular selepas bekas guru Mohd Fadli Salleh memuat naik dakwaan tersebut di media sosial.
MELAKA: Kerajaan negeri memandang serius isu dakwaan kesilapan kaligrafi khat kufi yang memaparkan kalimah Allah dan tular berlaku di sebuah masjid di negeri ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan negeri Melaka sedang menyiasat dakwaan kesilapan kaligrafi khat kufi yang memaparkan kalimah Allah di sebuah masjid, susulan laporan tular tanpa lokasi jelas.
  • Exco Rahmad Mariman mengarahkan semakan terhadap kira-kira 1,000 masjid dan surau serta bekerjasama dengan KDN untuk mengenal pasti lokasi sebenar dan mengambil tindakan segera jika dakwaan terbukti benar.
  • Isu ini mula tular selepas bekas guru Mohd Fadli Salleh memuat naik dakwaan tersebut di media sosial, mencetuskan reaksi dan kritikan terhadap kepekaan AJK masjid dalam isu sensitif.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan terbabit kerana lokasi sebenar tidak dinyatakan dalam laporan tular itu.
Menurutnya, hal tersebut perlu diambil perhatian kerana di Melaka terdapat kira-kira 1,000 buah masjid dan surau dan beliau telah mengarahkan jabatan berkaitan menjalankan semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan berkenaan.
“Saya sedang menyiasat masjid yang dimaksudkan. Jika benar, syor perubahan segera perlu dilakukan.
“Kerjasama juga dijalinkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jika pihak terbabit memaklumkan terus nama masjid atau surau terlibat, ia akan memudahkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, seorang bekas guru matematik yang terkenal di media sosial, Mohd Fadli Salleh memuat naik dakwaan berhubung kesilapan pada huruf lam dalam khat kufi di sebuah masjid di Melaka.
Perkongsian dimuat naik beliau yang mempunyai lebih 800,000 pengikut itu pada jam 10 pagi tadi menerima hampir 2,000 reaksi, 177 komen dan 130 perkongsian.
Rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan kepekaan ahli jawatankuasa masjid (AJK) dalam menangani isu sensitif seperti ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Melaka
#tulisan khat kufi
#Kalimah Allah
#kesilapan kalimah Allah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan