MELAKA: Kerajaan Melaka menerima dua artifak iaitu Keris Sundang dan sepasang Keris Hukum dipercayai kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang diwarisi turun-temurun sejak kira-kira 600 tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata artifak berkenaan diterima daripada Tun Muhammad Amin Tun Ahmad iaitu waris ke-11 Hang Tuah yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau di Indonesia.
"Keris Sundang itu dipercayai peninggalan Hang Tuah dan merupakan hadiah daripada Tun Perak yang juga bapa mentuanya. Hulu keris itu juga diperbuat daripada perak yang melambangkan anugerah Tun Perak kepada menantunya itu.
"Artifak kedua pula merupakan sepasang Keris Hukum atau keris sula yang dititahkan oleh sultan kepada bendahara untuk dijatuhkan hukuman iaitu satu digunakan untuk lelaki dan satu untuk wanita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Ab Rauf menerima penyerahan dua artifak itu daripada Tun Muhammad Amin dalam satu majlis ringkas di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini dan turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Menurut Ab Rauf penyerahan artifak itu adalah sebahagian daripada warisan bersejarah untuk tatapan rakyat di negeri itu khususnya generasi muda bagi memahami sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu itu dalam era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
"Tentunya artifak kepunyaan Laksamana Hang Tuah yang kita terima daripada waris ke-11 Hang Tuah ini bakal menjadi tarikan utama sempena Pameran Hang Tuah yang bakal berlangsung selama sebulan pada Jun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024," katanya.
Beliau berkata sempena pameran itu juga beberapa artifak peninggalan sejarah Hang Tuah dari Okinawa, Jepun selain India dan Turkiye akan turut dipamerkan.
Peninggalan kesan sejarah itu juga, katanya dapat membuktikan pengembaraan dan pelayaran Hang Tuah dan meyakinkan beliau adalah seorang yang lahir di bumi Melaka sejak kurun ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunjukkan salah satu artifak yang dipercayai kepunyaan Hang Tuah, dan disimpan keluarga waris laksamana Melaka itu yang berasal dari Kepulauan Bintan, Riau. - Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.
Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Melaka laksana kajian terperinci cari kaedah penambahbaikan atasi masalah banjir
Ab Rauf berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan bencana banjir berlaku tanpa dijangka.
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.