awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka yakin dengan persediaan banjir gelombang kedua, pertimbang wang ihsan - Ketua Menteri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/01/2022
09:04 MYT
Melaka yakin dengan persediaan banjir gelombang kedua, pertimbang wang ihsan - Ketua Menteri
Sulaiman ketika ditemui selepas meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
LUBOK CHINA: Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan tidak akan berdepan sebarang masalah dalam menghadapi gelombang kedua bencana banjir ketika ini.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia susulan semua agensi berkaitan bencana negeri sudah melakukan persiapan rapi termasuk memindahkan segera penduduk di kawasan berisiko.
Jelasnya, kesemua bilik gerakan banjir di negeri itu juga tidak pernah ditutup selepas berlaku banjir teruk dua minggu lalu terutamanya di kawasan sekitar Lubok China.
“Persediaan menghadapi bencana kali kedua ini telah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu awal berdasarkan ramalan kaji cuaca Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
“Ketika ini semua agensi berkaitan sentiasa dalam 'mode standby' dan bilik gerakan banjir tidak pernah ditutup, malahan bersedia bagi tempoh 24 jam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China pada Sabtu.
Sementara itu Kerajaan Negeri Melaka sedia mempertimbangkan wang ihsan tambahan RM1,000 kepada mangsa banjir berulang di negeri berkenaan.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu bagi meringankan beban mangsa yang terjejas untuk meneruskan kembali kehidupan seharian.
Jelasnya, pihaknya turut mengarahkan agensi berkaitan untuk menyegera dan mempermudahkan segala bentuk agihan bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Kita akan pertimbangkan sebaiknya yang mana untuk bantuan RM1,000 oleh kerajaan Pusat sebelum ini saya sudah serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pengagihan.
“Mana yang belum dapat kita tetap akan beri dan untuk kali kedua yang kena (banjir) ini, kerajaan negeri akan pertimbangkan sebaik yang mungkin,” katanya.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Dalam perkembangan berkaitan, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu turut mengarahkan kerja-kerja pembaikan ban pecah di kawasan Lubok China disegerakan.
Beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih itu kini sedang bermula, namun sedikit terganggu apabila paras air meningkat dan memberi jaminan proses membaik pulih itu akan disambung dengan tenaga kerja maksima.
Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya juga sudah mengarahkan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan untuk sentiasa memantau paras empangan air.
Jelasnya, langkah itu penting kerana beliau tidak mahu ada insiden penduduk lambat dipindahkan ke PPS yang lebih selamat dari kawasan kediaman.
Dalam pada itu Sulaiman berkata, segala aktiviti di Sungai Melaka terpaksa dihentikan dalam masa dua ke tiga hari ekoran paras air di paras berbahaya.
“Melaka River Cruise terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca yang membimbangkan dan paras air sungai berbahaya," tambahnya.
Sehingga petang ini, kira-kira 400 mangsa telah dipindahkan di lima PPS sekitar daerah Alor Gajah.
Topic Berkaitan
#banjir melaka
#Sulaiman Md Ali
#wang ihsan
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan