PENGUBAHAN wang haram ialah proses menjadikan wang atau aset yang diperoleh dari aktiviti haram kelihatan sah. Ia merupakan proses mencuci wang 'kotor' bagi menyembunyikan sumber asal wang tersebut.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa untuk menguatkuasakan pemulihan aset yang dicuri melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak salah faham tentang kegunaan kompaun sebagai salah satu strategi bagi pemulihan aset menggunakan akta tersebut.
Dalam pemikiran biasa, seseorang yang telah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram perlu dihukum dengan hukuman penjara, denda yang tinggi serta pemulihan keseluruhan aset yang dicuri.
Namun, realiti jauh lebih rumit. Pemulihan wang haram menjadi lebih rumit disebabkan perubahan modus operandi penjenayah yang beroperasi dalam sindiket dan mengubah hasil pendapatan haram mereka melalui syarikat yang didaftar secara sah dengan wakil serta penama sebagai topeng untuk menyembunyikan harta mereka.
Sememangnya, rasuah telah berubah dari ‘duit kopi’ kepada rasuah ‘di bawah meja’ kemudian gratifikasi ‘melangkaui meja’ sehingga menjadi transaksi kewangan rentas sempadan yang bertambah kompleks.
Selalunya, ia dilakukan melalui transaksi kewangan yang kelihatan sah sementara hasil pendapatan haram dibelanjakan atau digunakan untuk tujuan sah atau haram bagi meningkatkan lagi hasil pendapatan. Ia juga boleh diderma kepada pertubuhan amal atau dijadikan sebagai bayaran untuk perkhidmatan atau pembelian yang sah ataupun bagi tujuan pembiayaan politik.
Kerumitan dan kecairan pengubahan wang haram menjadikan pemulihan aset lebih mencabar.
Kepentingan Akta Pengubahan Wang Haram, AMLATFPUAA 2001 ialah pemulihan aset untuk dipulangkan kepada pemilik mereka. Di sini, kita perlu faham tentang intipati atau semangat Akta Pengubahan Wang Haram yang berbeza daripada Akta-Akta lain.
Ia berbeza dari segi semangat Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa dan menjatuhkan hukuman setimpal bagi mencegah penjenayah baharu.
Walaupun elemen tersebut juga penting dalam AMLATFPUAA 2001, ia mengambil jalan yang lebih praktikal dengan pemahaman bahawa, jika penguatkuasa boleh menyita serta mengembalikan aset yang dicuri, nescaya sindiket yang beruntung dari hasil pendapatan haram itu dapat dilumpuhkan.
Andainya seseorang pesalah dituduh atas kesalahan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda, ada kemungkinan pendakwaan kes tersebut mengambil beberapa tahun lamanya untuk membuktikan dengan tanpa keraguan kesalahan pesalah tersebut.
Pesalah itu juga boleh terlepas atas faktor teknikal sewaktu proses rayuan yang panjang. Atau mungkin pesalah itu berjaya disabitkan dan dipenjarakan beberapa tahun, dan apabila dibebaskan, tidak mustahil bahawa dia masih boleh mengakses duitnya yang telah diubah dan telah dilabur secara sah melalui wakil-wakilnya.
Sebaliknya, terdapat beberapa strategi yang boleh diambil untuk pemulihan aset dengan menggunakan AMLATFPUAA 2001. Antaranya, pendakwaan jenayah, pelucutan sivil, denda kompaun, pemulihan aset kepada pemilik-pemilik sah dan pemulihan aset dari orang-orang yang melarikan diri.
Pemilihan strategi yang bakal digunakan bergantung kepada kesesuaian, keseimbangan risiko, kebolehan untuk mengumpul bukti dan saksi-saksi yang bergantung kepada perjanjian rentas sempadan dan lain-lain faktor yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan memulihkan aset.
Dalam kes mengenakan kompaun untuk pemulihan aset, AMLATFPUAA tidak perlu membuktikan tanpa keraguan bagi menawarkan pembayaran denda kompaun kepada tertuduh.
Kesalahan kompaun sama sekali tidak menyatakan bahawa tertuduh itu tidak bersalah. Ia merupakan tindakan punitif dan tindakan membayar kompaun tersebut merupakan satu pengakuan kesalahan. Strategi ini menjimatkan kos dan masa mahkamah dengan pemulihan sebahagian aset yang dipertikaikan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang. Namun, jika tertuduh gagal membayar kompaun tersebut, dia boleh didakwa dalam perbicaraan penuh dalam mahkamah.
Di peringkat global, kadar kejayaan untuk pemulihan aset pengubahan wang haram ialah 30%. Disebabkan cabaran yang besar untuk mendakwa dan memulihkan aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB, Malaysia telah menjadi terkenal berhadapan dengan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia.
Sehubungan dengan ini, saya kagum untuk menyatakan bahawa SPRM telah berjaya mencapai sebanyak 45% dalam pemulihan aset, atau RM21 bilion dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Antarabangsa (International Task Force) mengenai pemulihan aset dan pendakwaan 1MDB. Ahli-ahli pasukan ini terdiri daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, Switzerland dan Luxembourg.
Pasukan Petugas Khas 1MDB ini menyelaraskan usaha-usaha pemulihan aset, perkongsian maklumat dan bukti, membincangkan strategi terbaik dalam mendepani 1MDB di peringkat antarabangsa dan mengembangkan beberapa petunjuk baru berkaitan kes tersebut. Strategi kami juga selari dengan standard dan dasar antarabangsa Financial Action Task Force (FATF), United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) dan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).
Diiktiraf sebagai negara peneraju dalam pemulihan aset antarabangsa, pada tahun ini, Malaysia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan memberi input dalam seminar-seminar yang dianjurkan oleh World Bank, Association of Certified Anti-Money Laundering Specialists (ACAMS) dan International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).
Di peringkat dalam negara, SPRM masih terus memulihkan aset berkaitan 1MDB dengan menggunakan AMLATFPUAA 2001. Antaranya ialah dari 80 individu dan entiti yang dikenakan notis-notis kompaun kerana menerima dana berjumlah RM420 juta dari 1MDB.
SPRM akan terus melihat penyelesaian kompaun-kompaun tersebut serta cabaran-cabaran terhadapnya oleh individu-individu yang dikenakan notis-notis pada 2019. Kes baru-baru ini yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu contoh. Beliau telah dikenakan kompaun pada Oktober 2019, namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada masa itu.
Beliau kemudian didakwa dengan dua pendakwaan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari 2020 dan telah mengaku tidak bersalah. Semasa tempoh perbicaraan dijalankan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju semula untuk membayar kompaun tersebut. Perlu ditekankan bahawa kompaun tersebut ialah tindakan punitif dan satu bentuk pemulihan aset di bawah Akta tersebut.
Masyarakat patut elak dari membuat spekulasi bahawa individu-individu tersebut dilepaskan dengan mudah. Ini bukan isu politik. Ini merupakan faktor teknikal undang-undang yang didasari dalam semangat Akta tersebut yang bertujuan untuk pemulihan aset-aset supaya ia boleh dipulangkan semula kepada rakyat.
* Mohamad Zamri Zainul Abidin merupakan Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Sat Oct 02 2021
Mohamad Zamri memberitahu, pemulihan wang haram menjadi lebih rumit disebabkan perubahan modus operandi penjenayah. - Gambar SPRM
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara
Lagi penjawat awam ditahan kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.
4 penjawat awam direman, terima rasuah RM5 juta daripada sindiket penyeludupan
Empat penjawat awam ditahan reman empat hari kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
497 entiti disenaraikan di bawah senarai amaran pengguna kewangan BNM
Kerjasama dengan pihak berkuasa asing turut dijalankan bagi analisis jejakan kewangan atau siasatan ke atas sebarang jenayah penipuan dan skim kewangan haram yang dilakukan dalam negara mereka.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
Bekas pengurus PHB dituduh pindah RM40,000 hasil aktiviti haram
Seorang bekas pengurus Bahagian Pengurusan Harta Syarikat PHB didakwa memindahkan RM40,000 hasil aktiviti wang haram.