PUTRAJAYA: Jawatankuasa khas pelaksanaan 5G akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua memandangkan liputan rangkaian 5G negara telah mencapai 80.2 peratus setakat 31 Dis lepas.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kewujudan rangkaian kedua 5G juga akan melihat sama ada ia membolehkan pelaksanaan yang lebih mampan dan memberi lebih banyak peluang kepada syarikat telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Beliau berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah bermesyuarat beberapa minggu lalu dan dijangka beberapa langkah akan dirangka.
"Kita telah umum liputan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus pada 31 Dis lepas, maka kita akan umumkan dalam masa yang tidak terlalu lama membenarkan syarikat-syarikat telekomunikasi membentuk rangkaian kedua selain daripada Digital Nasional Bhd (DNB)," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.
Fahmi berkata pelaksanaan 5G masih diselia Kementerian Komunikasi memandangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan badan kawal selia dalam sektor telekomunikasi serta melibatkan spektrum dan aspek terkandung dalam Akta Komunikasi dan Multimedia.
Fahmi berkata jumlah pelanggan 5G mencapai lapan juta akaun setakat hujung tahun lepas dan jumlah itu dijangka bertambah dengan pengumuman tiada lagi bayaran atau caj tambahan dikenakan kepada pengguna untuk mendapatkan akses kepada rangkaian 5G pada 9 Jan lepas.
Selain itu, Fahmi berkata beliau juga telah menyuarakan pandangan kepada Menteri Digital Gobind Singh Deo supaya fokus tahun ini diberikan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana serta meneliti keperluan menyediakan insentif agar kumpulan itu memanfaatkan 5G yang tersedia secara meluas.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata pemukiman Kementerian Komunikasi akan diadakan dari 1 hingga 3 Feb bagi merangka strategi yang perlu diutamakan tahun ini berikutan perubahan portfolio susulan penyusunan semula Kabinet.
Kementerian Komunikasi dan Digital diasingkan menjadi Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital dalam rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas dan pengasingan kepada dua kementerian berbeza bertujuan memberi fokus khusus terhadap kemajuan sektor ekonomi digital negara sejajar peredaran masa.
Fahmi berkata terdapat keperluan penyelarasan dari segi tugas dan fungsi semua agensi di bawah kementerian memandangkan Kementerian Komunikasi berperanan sebagai pusat maklumat sehenti bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan berita dan maklumat yang disalurkan sahih selain menangkis fitnah.
Dalam pada itu, beliau berkata penyelarasan tambahan bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu untuk mengumpul aktiviti, program dan usaha kementerian lain supaya sambutan tahun ini bukan sahaja gilang-gemilang tetapi sarat dengan maklumat serta erti makna kemerdekaan.
Selain itu, Fahmi berkata fokus tahun ini juga tertumpu kepada menambah baik tempoh kelulusan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing an Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang dianggap lama.
"Menjelang pertengahan tahun ini akan diluncurkan garis panduan terbaru untuk bantu industri terutama bagi pengusaha konsert dan persembahan yang melibatkan artis luar untuk mendapatkan kepastian mengenai proses tersebut," katanya.
Fahmi berkata 2023 merupakan tahun yang baik dan mencapai kejayaan antaranya sebanyak tujuh pakej RAHMAH Internet dilancarkan melibatkan penjimatan antara 22 peratus hingga 50 peratus berbanding harga di pasaran dan kos sara hidup sektor komunikasi tidak mendatangkan beban kepada rakyat.
Beliau berkata fokus kementerian melalui MCMC tahun ini adalah menambah baik perkhidmatan Internet di sekolah dan universiti awam (IPTA) memandangkan harapan guru dan pelajar agar Internet laju, mudah serta stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Fahmi berkata kewujudan rangkaian kedua 5G juga akan melihat sama ada ia membolehkan pelaksanaan yang lebih mampan dan memberi lebih banyak peluang kepada syarikat telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat. -Bernama
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.
Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.
Mindef di fasa akhir muktamad cadangan teruskan projek LCS
Dua baki syor yang sedang dalam tindakan ialah melibatkan laporan berkala kepada PAC dan Jawatankuasa Khas Parlimen.
Penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia demi masa depan industri muzik tempatan - Saifuddin
Kertas kerja tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
SRC bertegas pinda tujuan pinjaman wang KWAP - Saksi
Datuk Maliami Hamad berkata dalam perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, tujuan pinjaman dinyatakan sebagai pelaburan am dan modal kerja.