awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara KL bakal diterangi cahaya warna-warna sempena sambutan Hari Eropah 2021

Bernama
Bernama
08/05/2021
04:43 MYT
Menara KL bakal diterangi cahaya warna-warna sempena sambutan Hari Eropah 2021
Menara Kuala Lumpur kelihatan dinyalakan lampu berwarna biru dan jingga sempena menyambut Hari Kanser Sedunia pada Februari lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menara KL bakal dihiasi dengan warna dan logo Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad sempena meraikan Hari Eropah 2021.
Program itu dijalankan dengan kerjasama delegasi EU ke Malaysia dan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd sebagai lambang persahabatan dan perpaduan EU-Malaysia.
" Tarikh 9 Mei ialah hari ulang tahun EU yang turut meraikan ulang tahun deklarasi bersejarah, Schuman, projek keamanan berikutan Perang Dunia II.
"Tatkala dunia bertungkus lumus untuk memerangi wabak, Eropah membawa mesej perpaduan di seluruh dunia termasuk di Malaysia," kata kenyataan Delegasi EU ke Malaysia pada Jumaat.
EU adalah rakan kongsi lama Malaysia dan ASEAN, dan EU juga satu daripada rakan dagang terbesar di Malaysia.dan kedua-dua pihak juga komited dalam kerjasama berkaitan multilateralisme, keselamatan, pembangunan lestari dan digitalisasi.
Di samping EU turut mengeksport vaksin COVID-19 ke Malaysia manakala Malaysia mengeksport peralatan pelindungan diri (PPE) ke EU.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Ainol Shaharina Sahar berkata pihaknya gembira dapat menjadi sebahagian daripada kerjasama itu untuk meraikan Hari Eropah.
"Dengan perpaduan dan saling menyokong antara satu sama lain Malaysia dan EU akan mempunyai masa depan bersama yang lebih cerah."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menara KL
#EU
#Hari Eropah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan