awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lelaki terselamat dalam tembakan sempat turunkan kerusi pemandu
MALAYSIA
Jovian Mandagie diisytihar muflis, gagal bayar pinjaman persahabatan RM5.28 juta
MALAYSIA
Jurutera mengaku tidak bersalah minta suapan RM13,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Menara komunikasi CelcomDigi di Raub dirosakkan, lapan kampung terjejas

Bernama
Bernama
02/07/2025
22:30 MYT
Menara komunikasi CelcomDigi di Raub dirosakkan, lapan kampung terjejas
Pemancar yang terjejas susulan insiden itu terletak di Kampung Gesing, Sungai Ruan, Kampung Jelu, Bukit Pampong, Kampung Chendra Chinchin, Kampung Tanjung Putus, Kampung Temau dan Kampung Gali Hilir. - Gambar hiasan
KUANTAN: Sebuah menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi CelcomDigi di Dong, Raub, dilaporkan rosak akibat perbuatan vandalisme, sekali gus menjejaskan perkhidmatan di beberapa kawasan sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata siasatan awal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati menara terbabit berperanan sebagai 'collector' yang menghubungkan lapan menara pemancar lain.
Katanya pemancar yang terjejas susulan insiden itu terletak di Kampung Gesing, Sungai Ruan, Kampung Jelu, Bukit Pampong, Kampung Chendra Chinchin, Kampung Tanjung Putus, Kampung Temau dan Kampung Gali Hilir.
"Akibat perbuatan khianat ini, banyak peralatan mengalami kerosakan serius dan tidak lagi boleh digunakan, sekali gus memerlukan penggantian baharu yang tertakluk kepada ketersediaan stok.
"Sebagai langkah sementara, pihak CelcomDigi sedang berusaha mengaktifkan semula menara terbabit secara berperingkat bagi memulihkan perkhidmatan di kawasan terjejas," katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Fadzli menyeru orang ramai agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di menara komunikasi bagi mengelak insiden seumpamanya berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menara komunikasi
#CelcomDigi
#Vandalisme
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami