awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mendiang William Yau Zhen Zhong disemadikan

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2013
08:20 MYT
Mendiang William Yau Zhen Zhong disemadikan
Mendiang William Yau Zhen Zhong, 6 tahun selamat disemadikan di Jelutong Crematorium, Batu Berendam Melaka pada pukul 2 petang tadi selepas selesai acara keagamaan.
Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga terutamanya ibu bapa mendiang, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang pada upacara pengkebumian di tanah perkuburan berkenaan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir pada upacara berkenaan.
Beliau melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mendiang selain mengumumkan sumbangan RM5,000 daripada kerajaan negeri bagi urusan pengkebumian.
Mendiang William dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.
Misteri kehilangan mendiang terjawab selepas penemuan mayat seorang budak lelaki pada 24 Januari di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang.
Selepas sesi pengecaman, bedah siasat dan ujian DNA, polis mengesahkan identiti mayat mendiang William.
Mayat mendiang dituntut dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah sekitar jam 10.20 pagi tadi sebelum dibawa ke Melaka untuk majlis pengkebumian.
Juga baca:
Ujian DNA sahkan mayat William Yau
Topic Berkaitan
#Jelutong Crematorium
#kanak-kanak hilang
#WilliamYau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan