awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku bersalah curi lembu, lelaki dipenjara tujuh hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/06/2019
11:01 MYT
Mengaku bersalah curi lembu, lelaki dipenjara tujuh hari
Ahmad Shamil Azad memohon mahkamah memberikan hukuman denda minimum memandangkan anak guamnya yang turut menternak lembu keliru sehingga menyangka lembu yang dicuri dan dibunuh merupakan ternakannya. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dihukum penjara tujuh hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membunuh lembu serta mencuri lembu milik orang lain, pada 4 Jun lepas.
Tertuduh, Azizi Naziri, 32 tahun, mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf di sini, hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Azizi didakwa melakukan khianat dengan membunuh seekor lembu betina milik P. Kanuappan, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri lembu berkenaan.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukannya di Ladang Sadang di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.
Azizi didakwa mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan mencuri pula, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fairuz Abd Mutalib, manakala Azizi diwakili peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.
Ahmad Shamil Azad memohon mahkamah memberikan hukuman denda minimum memandangkan anak guamnya yang turut menternak lembu keliru sehingga menyangka lembu yang dicuri dan dibunuh merupakan ternakannya.
Nazratul Natrah kemudiannya menjatuhkan denda RM1,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua tertuduh dihukum penjara tujuh hari dan denda RM2,000.
Sementara itu, rakan tertuduh, Mohamad Zaki Zakaria, 57 tahun, yang didakwa di mahkamah sama mengaku tidak bersalah atas tuduhan melepaskan tembakan dan menyebabkan kematian lembu berkenaan.
Mahkamah membenarkan Mohamad Zaki yang turut diwakili oleh Ahmad Shamil Azad diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Azizi Naziri
#bunuh lembu
#curi lembu
#denda minimum
#Ladang Sadang
#lembu
#mahkamah
#parit
#penjara
#tembakan
#ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan