awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengapa MB S'gor batal Kidex, tidak batal Datum Jelatek? - Pemuda UMNO

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2015
12:32 MYT
Mengapa MB S'gor batal Kidex, tidak batal Datum Jelatek? - Pemuda UMNO
IBDILILLAH: Pembatalan KIDEX adalah keputusan politik Pakatan Rakyat yang tidak langsung mengambil kira kepentingan rakyat negeri.
Susulan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak mempertikaikan mengapa kerajaan Selangor tidak membatalkan projek Datum Jelatek.
Ibdilillah yang juga Pengerusi Biro Media Sosial dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek Datum Jelatek dilihat seperti strategi DAP untuk menempatkan kaum Melayu keluar daripada kawasan bandar.
“Menteri Besar Selangor Mohammed Azmin Ali perlu memberi perhatian di dalam isu Datum Jelatek di mana rakyat setempat terdiri daripada golongan sederhana dan mereka ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
"Jika Kidex dibatalkan demi kepentingan penduduk dan pengundi elit di Damansara, maka isu-isu rakyat yang lain juga harus dipandang oleh YAB Azmin Ali. Mengapa batal Kidex dan meneruskan projek Datum Jelatek,” kata Ibdilillah.
Beliau turut berpendapat pembatalan Kidex adalah keputusan politik Pakatan Rakyat yang tidak langsung mengambil kira kepentingan rakyat negeri Selangor.
“Keputusan politik Pakatan Rakyat ini akan memberikan kesan kepada mereka yang mahukan ‘alternative road’ kerana kawasan yang terbabit sebenarnya memerlukan jalan dan laluan pilihan bagi menyelesaikan kesesakan di kawasan yang terlibat,” tambahnya.
Selain itu, pembatalan projek Kidex akan memberi kesan dan persepsi negatif kepada ekonomi dan pelaburan Selangor secara keseluruhannya.
“Sudah tentu pelabur akan bimbang serta gusar untuk melakukan kegiatan ekonomi memandangkan setiap keputusan yang pernah dipersetujui boleh dibatalkan dengan hanya menggunakan pelbagai alasan dan helah,” tambah Ibdilillah.
Topic Berkaitan
#Datum Jelatek
#Ibdilillah Ishak
#kidex
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan