awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini

Bernama
Bernama
03/11/2021
03:35 MYT
Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri upacara penghormatan terakhir buat mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing. - Foto BERNAMA
KUCHING: Upacara penghormatan terakhir terhadap jasad Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing di Association of Churches in Sarawak (ACS) di Jalan Stampin di sini akan berlangsung sehingga pukul 2 petang, hari ini.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan upacara yang bermula pukul 9 pagi tadi, dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri Kabinet dan keluarga terdekat mendiang.
Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
"Jasad Masing dijadual akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk upacara pengebumian selepas, selesai upacara penghormatan terakhir pada pukul 2 petang," menurut kenyataan itu.
Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching pada 7.05 pagi pada Ahad. Beliau berusia 72 tahun.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak pada September selepas disahkan positif COVID-19 dan kemudian dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#James Jemut Masing
#penghormatan terakhir
#Association of Churches
#Nirvana Memorial Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan