awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/08/2021
06:27 MYT
Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi
Afifi (gambar) berkata ketegasan Allahyarham dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) disegani oleh penjawat awam serta ahli politik sendiri - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Sikap Allahyarham Tun Ahmad Sarji yang tidak menyebelahi mana-mana pihak atau 'apolitical' dan pendekatan menegur dengan cara hemah perlu dijadikan contoh untuk generasi masa ini terutama kepada penjawat awam.
Jelas Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti, ketegasan Allahyarham dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) turut disegani oleh penjawat awam serta ahli politik sendiri.
"Dalam pengamatan dan pengalaman bekerja dengan Tun, beliau seorang role model, beliau 'apolitical' dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
"Ini adalah satu sifat ketegasan beliau yang amat disegani oleh ahli politik apabila dapat penjawat awam yg boleh beri nasihat kepada ahli politik, seperti saranan agama," jelas Dr Afifi ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Mengenang Tun Ahmad Sarji: Anda seorang pemimpin? Ini 6 kebolehan yang perlu ada
Jelas Dr Afifi, pendekatan teguran yang dilakukan Allahyarham juga dengan cara tersendiri.
"Cara yang beliau buat adalah lemah lembut dan hemah. Inilah satu role model yang patut diikuti oleh penjawat awam. Inilah apa yg diperlukan pada ketika ini," katanya.
Menurut Dr Afifi lagi, pemergiannya Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara.
Allahyarham berjaya menggabungkan urusan duniawi dan ukhrawi ketika hayatnya dengan memegang jawatan penting negara.
"Kita jadi saksi kepada amal baik Tun. Allah juga yang thau amalan baik sebagai tokoh pentadbiran negara yang tiada tolok bandingnya. Representasinya sebagai pentadbir yang kelas pertama," katanya lagi.
Takziah | Tun Ahmad Sarji seorang pemimpin yang disegani
Topic Berkaitan
#Tun Ahmad Sarji
#meninggal dunia
#IKIM
#KSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan