awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir

Amirul Aiman
Amirul Aiman
13/11/2024
03:45 MYT
Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Tun M menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, yang berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada bangsa dan negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa hiba atas pemergian rakan seperjuangannya, Tun Daim Zainuddin, yang bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga pejuang ekonomi yang setia.
Dalam panggilan eksklusif bersama Astro AWANI, bekas Perdana Menteri itu berkata, kehilangan Daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara.
“Daim bukan seorang ahli politik, malah tidak berminat menyertai kerajaan,” ujar Dr Mahathir.
“Namun, ketika saya memerlukan seorang Menteri Kewangan yang berwibawa, saya tidak ragu untuk memilihnya.
“Daim menggalas amanah itu dengan jujur walaupun bukan wakil rakyat.
“Beliau memberi sumbangan yang besar kepada negara dan memberikan banyak nasihat yang saya hargai,” katanya.
Dr Mahathir turut mengimbau kesediaan Allahyarham untuk berundur sebaik calon yang sesuai dikenal pasti, dan kesediaannya kembali menyumbang ketika negara memerlukan khidmatnya buat kali kedua.
“Dia bukan sahaja kembali atas jemputan, tetapi rela berhenti bila masanya tiba.
“Dia bukan orang yang mengejar kedudukan atau kekayaan dalam negara, malah berusaha membina perniagaan di luar negara.
“Keuntungan yang diperoleh di luar negara itu turut dibawa pulang ke tanah air, seperti yang kita harapkan dari mereka yang berjaya di luar sana,” ujar beliau.
pic.twitter.com/C415KYM8is
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 13, 2024
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, seorang anak Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan dari awal, dan setia menyumbang kepada bangsa dan negara.
Beliau berharap agar jasa dan sumbangan Allahyarham dihargai dan agar masyarakat tidak mudah menilai seseorang hanya berdasarkan kekayaan yang dimilikinya.
“Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman di akhirat kelak,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Daim Zainuddin
#meninggal dunia
#kehilangan besar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan