JELEBU: Ibarat tinggal sehelai sepinggang, itulah nasib menimpa keluarga Ibrahim Taib, apabila kediaman mereka di Kampung Bandar Tinggi, Kuala Klawang dekat sini ranap dan dihanyutkan banjir awal pagi tadi.
Ibrahim, 62, berkata dua rumah miliknya kini hanya tinggal tapak sahaja akibat banjir setelah hujan berterusan menyebabkan air naik sejak 8 malam semalam.
Beliau berkata kejadian banjir kali ini adalah terburuk yang pernah dialaminya sejak menetap di kampung itu selama 35 tahun.
"Banjir kali ini paling teruk pernah kami sekeluarga alami menyebabkan dua buah rumah saya dan anak dihanyutkan banjir.
"Saya hanya mampu menangis melihat rumah dihanyutkan air," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Ibrahim berkata dia, isteri, anak serta dua cucunya telah memindahkan barang ke tempat lebih tinggi di dalam rumah apabila mendapati air sudah memasuki rumah.
Kemudian dia bersama ahli keluarganya yang lain menumpang di pusat mencuci kenderaan berhampiran dengan rumahnya.
"Semua berlaku sekelip mata, selepas anak beritahu saya dalam pukul 2 pagi rumah telah hanyut," katanya dan menambah kebiasaannya banjir hanya setakat bahagian dapur sahaja. Sekarang saya tinggal bersama anak di taman perumahan berdekatan di sini untuk sementara waktu," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati kawasan tersebut telah menjadi tanah lapang manakala atap rumah itu tertanggal dan beralih ke tepi jalan raya.
Selain itu terdapat rumah lain terkesan akibat banjir dan penghuni rumah sedang membersihkan kawasan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Sebuah bumbung rumah dilihat berada di tepi jalan raya akibat dihanyutkan oleh arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Bandar Tinggi Kuala Klawang hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Molano kuasai peringkat kedua LTdL 2022
Pelumba UAE Team Emirates Juan Sebastian Molano mempamerkan kayuhan cemerlang sekali gus menjuarai saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kuala Klawang ke Raub, di sini hari ini.
Lima kanak-kanak antara 19 diselamatkan dalam insiden tanah runtuh di Kuala Klawang
Seramai 19 mangsa kesemuanya diselamatkan pasukan bomba dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peras, Kuala Klawang, Jelebu.
Misteri warga emas hilang terjawab, mayat dijumpai dalam but kereta
Kejadian disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari kenderaan jenis Volvo dipercayai milik pelanggan mangsa.
Keracunan makanan: Tindakan tegas kepada pembekal makanan jika cuai - MARA
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengambil tindakan tegas kepada pembekal makanan jika wujud unsur kecuaian sehingga menyebabkan 207 pelajar MRSM Kuala Klawang keracunan makanan.
Pesawat ringan terhempas di Kuala Klawang
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan pihaknya di lokasi mendapati terdapat bangkai dipercayai pesawat itu yang sudah terbakar.
Anak cool, saya yang sebak - Faizal Hussein
Semenjak anak sulung berusia 13 tahun itu memasuki MRSM sejak Februari lalu, boleh dikatakan setiap minggu mereka berulang alik dari Kuala Lumpur (KL) ke Kuala Klawang dan turut bermalam di sana.