awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Deepavali kawasan Little India di Melaka bertambah meriah

Bernama
Bernama
01/11/2023
03:50 MYT
Menjelang Deepavali kawasan Little India di Melaka bertambah meriah
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) menyantuni peniaga di Little India Melaka ketika menghadiri Pesta Deepavali 2023. - Foto BERNAMA
MELAKA: Menjelang sambutan Deepavali hujung minggu ini, kawasan yang dikenali ramai sebagai 'Little India Melaka' di Jalan Bendahara di sini kini semakin bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti ditampilkan, termasuk jualan bazar yang bermula sejak 27 Okt lepas hingga 12 Nov ini.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V.P. Shanmugam berkata terdapat lebih 40 gerai peniaga di kawasan ini yang menawarkan pelbagai jualan seperti makanan, pakaian serta kelengkapan upacara keagamaan bagi persiapan menyambut Pesta Cahaya itu.
Beliau berkata pelbagai aktiviti turut ditampilkan di sini khusus buat hiburan pengunjung tanpa mengira peringkat umur, antaranya persembahan kebudayaan seperti tarian klasik dan moden India, gubahan kolam, persembahan artis dan sebagainya.
"Menerusi penganjuran pesta sebegini kita harap ia dapat membantu merancakkan sektor pelancongan di negeri ini selain membuka peluang kepada peniaga kecil menjana pendapatan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Terdahulu beliau hadir pada majlis Pesta Deepavali 2023 peringkat negeri yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Program Masyarakat India berkata selain itu kerajaan negeri memperuntukan RM200,000 sebagai sumbangan untuk disalurkan kepada masyarakat India yang kurang berkemampuan membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini.
Katanya 1,000 penerima sumbangan itu terdiri daripada golongan kurang kemampuan, ibu tunggal dan golongan kurang upaya di 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu Ab Rauf ketika berucap merasmikan majlis itu berkata keharmonian pelbagai kaum di negara ini yang meraikan sambutan perayaan masyarakat pelbagai latar agama perlu terus dipelihara.
Beliau berkata ia merupakan satu keistimewaan negara hasil semangat kebersamaan dan kesepaduan rakyat yang sentiasa menjaga nilai muhibbah, toleransi serta harmoni meskipun berbeza agama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Little India
#V P Shanmugam
#jualan bazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan