KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan pelan tindakan yang lebih komprehensif sebagai persediaan menjadi negara tua menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau memberitahu, persediaan itu bukan sahaja melibatkan perkhidmatan kesihatan sebaliknya turut merangkumi isu perumahan, pengangkutan, simpanan, kesejahteraan ekonomi dan sara hidup kumpulan warga emas.
"Kalau melihat pada persediaan, setakat ini pelan tindakan sedia ada masih lagi tidak terlalu menyeluruh dan tidak melibatkan semua agensi kerajaan.
"Pelan tindakan yang baharu perlu ada iltizam untuk dibuat pelaburan sebagai persediaan untuk melahirkan pakar-pekar yang diperlukan untuk menjaga kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan warga tua.
"Ia adalah sesuatu yang penting untuk mana-mana pihak yang akan tubuh kerajaan nanti supaya dapat menetapkan perkara atau isu masyarakat menua ini sebagai satu keutamaan dalam manifesto," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Hospital Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekurangan tenaga pakar dalam bidang geriatrik, Khairy memberitahu, kerajaan perlu melihat pada laluan kerjaya termasuk perjawatan di peringkat tinggi yang banyak supaya doktor yang berminat dalam subkepakaran melihat peluang ke gred yang lebih tinggi.
"Kalau tak mungkin mereka (doktor) rasa subkepakaran dalam bidang lain mempunyai laluan kerjaya yang lebih cerah," ujarnya.
Dalam pada itu, Khairy turut mengumumkan KKM meluluskan pemberian katil berteknologi tinggi berserta ripple mattress dengan jumlah keseluruhan bernilai RM450,000 kepada Unit Geriatric HKL bagi memastikan penjagaan kesihatan dan rawatan berkualiti kepada pesakit warga emas.
Selain itu, dua unit potrable ultrasound (bladder scan) baharu dan seunit portable video rhino larnygoscope bernilai RM100,000 juga akan ditempatkan di unit berkenaan secara berperingkat pada hujung tahun ini.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 18 2022
Persediaan itu bukan sahaja melibatkan perkhidmatan kesihatan sebaliknya turut merangkumi isu perumahan, pengangkutan, simpanan, kesejahteraan ekonomi dan sara hidup kumpulan warga emas. - Gambar hiasan
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
Kerajaan akan bentang Kertas Putih, langkah progresif tangani isu negara menua - Rafizi
Kerajaan akan membentangkan Kertas Putih, sebagai sebahagian langkah komprehensif Agenda Negara Menua.
LAPORAN KHAS Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus bakat dalam senario populasi menua, menurun
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menjengah isu pengurusan bakat tempatan agar dapat dibangunkan untuk mendepani permintaan pasaran.
Korea Selatan wujudkan Kementerian Strategi Populasi, tangani penuaan dan kadar kelahiran rendah
Beri tumpuan kepada strategi dan perancangan bagi isu-isu demografi seperti kadar kelahiran rendah, penuaan populasi, tenaga kerja dan imigresen.
Millenia Village... syurga persaraan bercirikan kelestarian, gaya hidup aktif
Fasiliti moden disuntik elemen 'zen' ala resort dibina khusus buat mereka di usia emas dan sebagai kesediaan negara berdepan status 'menua.'
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Martabat hak warga emas, perhebat program intergenerasi
Tema tahun ini 'Memartabatkan Hak Warga Emas: Merentas Generasi' dipilih bagi menghargai sumbangan warga emas terhadap kemajuan dan kemakmuran negara.
"Warga emas bukan bebanan, mampu jadi potensi ekonomi baharu" - Dr Mohamed Mustafa
Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, warga emas mampu memberi sumbangan kerana pengalaman yang diperoleh mereka.
SC sentiasa cari kaedah tangani kecukupan simpanan persaraan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sentiasa mengenal pasti kaedah baharu bagi menangani aspek berkaitan kecukupan simpanan persaraan, sejajar dengan jangkaan Malaysia berstatus negara menua.
Menjelang negara menua: Malaysia perlu pelan tindakan komprehensif - Khairy
Malaysia memerlukan pelan tindakan yang lebih komprehensif sebagai persediaan menjadi negara tua menjelang 2030.