KUALA LUMPUR: UMNO berpandangan kerjasama yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika ini perlu terus diperkukuhkan khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada guna untuk bergerak secara silo, yang pada akhirnya akan menyebabkan mana-mana parti kecundang atau tidak memperoleh faedah besar dalam pilihan raya.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan kerjasama berkenaan adalah jajaran politik yang harus dilihat ke hadapan.
"Hakikat itu bahawa formula baharu (kerjasama politik) bukan hanya merelevankan sesebuah parti, dalam konteks ini UMNO dan BN. Tetapi kita melihat bahawa kerjasama ini mesti diperkukuhkan.
"Terkait dengan PRN di enam negeri, keputusan yang telah saya buat bersama rakan-rakan dalam BN dan UMNO, kita wajib terus menggunakan lambang BN, di samping kita menjalin kerjasama dengan rakan-rakan dalam parti PH," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa malam.
Mengenai soal pembahagian kerusi, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu boleh dibincangkan bersama PH, asalkan mereka mempunyai keserasian.
"Bagaimana kebersamaan itu lebih penting daripada kalau kita menggunakan pendekatan silo, yang akhirnya kita kecundang. Maka, itu tidak beri faedah besar kepada mana-mana parti politik," katanya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan semua calon yang akan mewakili BN akan menggunakan logo dacing pada PRN di enam negeri, biarpun gabungan itu kini mengadakan kerjasama politik dengan PH.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 14 2023

Ahmad Zahid berkata, tiada guna untuk bergerak secara silo, yang pada akhirnya akan menyebabkan mana-mana parti kecundang atau tidak memperoleh faedah besar dalam pilihan raya - Foto Astro AWANI

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

DAP tidak usik agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO - Zahid
Penegasan Ahmad Zahid itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.

Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran
TVET perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali 'menjejakkan kaki' ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.

Bagan Datuk bakal terima pelaburan antaranya dari China, Turki - Ahmad Zahid
Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.

Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Perkara itu akan disembah maklum kepada baginda Sultan Nazrin dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini
Jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk.