MAKKAH: Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
"Apabila ada kekosongan, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.
"Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ini ialah mereka yang ada kemampuan atau istito'ah (membayar jumlah penuh)," katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah di sini.
Beliau menjawab soalan diajukan seorang jemaah haji wanita bertanyakan mengapa jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos haji seperti golongan T20.
Bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40.
Dalam sidang media selepas itu, Mohd Na'im menjelaskan terdapat 60,000 pendeposit TH yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh berkenaan, namun tidak terpilih.
"Bayangkan kalau mereka yang merayu ini potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan ada yang lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan," katanya.
Selain itu, beliau berkata terdapat 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini menolak bantuan kewangan haji dengan membayar kos penuh kerana mengetahui bahawa istito'ah sebagai asas kewajipan haji.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 bakal haji tiba di Jeddah pada malam tadi.
Beliau turut memaklumkan terdapat 56 jemaah haji dirawat di wad pusat rawatan TH dan lima di fasiliti kesihatan Arab Saudi.
Dalam pada itu, seorang jemaah haji wanita berusia 75 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 19 Jun lepas, menjadikan dua jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Mohd Na'im berkata keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.- Fail/Bernama
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Menteri Agama perjelas isu B40, M40 bayar kos penuh haji
Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat
TH memasukkan senarai nama mereka yang terpilih ke dalam sistem TH mulai tengah malam tadi bagi membolehkan urusan penawaran surat dijalankan.
Rayuan haji belum dimuktamad - Tabung Haji
Menurut TH dalam satu kenyataan pada Sabtu, pihaknya masih dalam proses menjalankan penilaian terhadap setiap permohonan rayuan secara individu.
Hibah Tabung Haji diumum Mac ini - Mujahid
Mujahid dipetik sebagai berkata sejak 2014, TH telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.