ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pendaftar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima gelaran sama ialah Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn. Bhd, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang menjadi satu-satunya penerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK).
Selain itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Menurut Ammar, Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Mohammad Abd. Rahman serta Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad pula menerima Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.
Sementara itu, Speaker DUN Kedah, Juhari Bulat dikurniakan darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk bersama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad dan Pengarah Tanah dan Galian Kedah, Mohd. Fauzi Mustaffa.
Menerusi kenyataan itu juga, Ammar berkata, 15 individu dikurniakan Darjah Dato' Setia Paduka Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya; Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd. Yusri Md. Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Fikri Ujang serta Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.
Sultan Sallehuddin juga turut berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan (D.D.S.P) kepada tiga individu selain dua lagi individu menerima Setia Mahkota Kedah (S.M.K).
Penerima teramai bagi senarai yang dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-79 adalah Setia Diraja Kedah (S.D.K) iaitu 33 individu manakala dua penerima diperkenankan untuk menerima Perlantikan Jaksa Pendamai (J.P).
Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan bahawa istiadat penganugerahan Darjah-Darjah Setia Bintang-Bintang Kebesaran itu akan diadakan pada 2022 namun gelaran yang dianugerahkan itu boleh diguna pakai secara rasmi bermula hari ini.
Abd Hadi Che Awang
Mon Nov 01 2021
Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Kedah. - Gambar Facebook Muhammad Sanusi Md Nor
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.