Menteri Besar, Azlan Man mengetuai senarai 243 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini, Sabtu.
Azlan, yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Tiga lagi penerima SPMP ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pemaju Country Heights dan The Mines, Tan Sri Lee Kim Tiong @ Yew.
Mustapa bagaimanapun tidak hadir pada istiadat penganugerahan kerana berada di luar negara atas urusan rasmi.
Dua orang menerima anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Perlis' (DPMP) iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pengangkutan dan Pembangunan Wilayah, Sabry Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Prof Dr Muhamad Jantan.
Penerima darjah 'Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail' (DSPJ) pula ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pesaka, Shabaruddin Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Emkay, Fazwinna Mustapha Kamal.
Selain itu, tiga orang menerima 'Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail' (DPSJ) iaitu Naib Presiden Kanan Felda Global Ventures Holdings Bhd, Datuk Abdul Halim Hamid; Pemangku Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kubang Kerian, Kelantan, Prof Datin Dr Rashidah Shuib; dan pesara guru, Syed Kamarulzaman Syed Bahaldin.
Darjah DPMP, DSPJ dan DPSJ membawa gelaran 'Datuk'.
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahi darjah-darjah kebesaran itu kepada 30 orang penerima, Sabtu, manakala 213 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain.
Darjah-darjah kebesaran yang tidak membawa gelaran pula ialah Setia Mahkota Perlis (SMP) dianugerah kepada enam penerima; Seri Sirajuddin Perlis (SSP) (13 penerima); Ahli Mahkota Perlis (AMP) (35 penerima).
Pingat Mahkota Perlis (PMP) (21 penerima); Pingat Keberanian Handal (PKH) (1 penerima); Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (64 penerima); Pingat Jasa Baik (PJB)(84 penerima); dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) (8 penerima).
Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Hamdan Bahari dan dua anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mat Rawi Kassim dan Mat bin Hassan, serta setiausaha Politik Menteri Besar Senator Mohd Khalid Ahmad adalah antara enam penerima SMP.
Tiga wartawan iaitu Penolong Pengarang (Rencana) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Adnan Jahaya menerima SSP; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Rosmanizam Abdullah menerima AMP; dan wartawan eksekutif Utusan Malaysia, Ariffin Yassin menerima PMP.
Bekas pemain bola sepak negara tahun 1970-an, Syed Ahmad Abu Bakar, 67, menerima PMP manakala bekas pemain pertahanan pasukan bola sepak Perlis Manja Man menerima PJK.
Bernama
Sat May 17 2014
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Perlis Azlan Man. --fotoBERNAMA
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Affendi Buang antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah 'Order of Australia' 2023
Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada 2021.
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.